Resepi Sop Ketam Nipah



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Malam... Hai Pembaca Semua...  Bonde dah cuba buat Sup Ketam Nipah Jadi sebelum anda semua tertanya macam mana rupa ketam nipah tu? Bonde perkenalkan spesis Ketam Nipah dibawah.

Ketam Nipah


Ketam Nipah adalah sejenis haiwan laut dari jenis "KRUSTACEA" iaitu bercengkerang seperti udang. Ketam Nipah juga dikenali sebagai Ketam Bakau atau Ketam Lumpur (Mud Crab). Nama saintifiknya pula adalah SYCLLA SERRATA (sedap namanya dan sedap juga apabila dimakan).

Habitat Ketam ini adalah membiak dan hidup di sekitar kawasan paya bakau yang berlumpur. Ketam Nipah membiak secara bertelur. Ketam ini boleh membesar sehingga 4 kg beratnya seekor. Ketam ini adalah dari spesis "carnivor' atau ganas.

“Harga pasaran ketam nipah gred A mencanak naik sehingga RM80 untuk sekilogram iaitu dalam dua atau tiga ekor ketam bersaiz besar manakala ketam gred B RM70 sekilogram dan gred C RM55 sekilogram.

“Ketam saiz kecil pula harganya antara RM35 hingga RM45 sekilogram”

Jadi anda kena bijak membeli.

Resepi Sop Ketam Nipah

Sop Ketam Nipah


Bahan - bahan:

2 Ekor Ketam Nipah
1 sup bunjut 
2 ulas bawang putih (ketuk)
2 ulas bawang merah (hiris)
1 inci halia (hiris)
2 biji cili
1 batang lobak merah (hiris memanjang)
3 tangkai bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 batang daun sup (potong ukuran 1 inci)
sedikit serbuk lada hitam
sedikit cukup ayam manggi
sedikit minyak masak
sedikit air
sedikit garam

Ketam Nipah yang telah dibersihkan



Cara-cara memasak:

Didihkan air panas, Rebus ketam terlebih dahulu
Selepas itu panaskan minyak masak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, cili, bunga lawang, kulit kayu manis tumis sampai naik wangi.
Masukkan sedikit air , lobak merah, masukkan sup bunjut dan lada hitam
Kacau sehingga rata dan harum mewangi dan masukkan Ketam yang telah direbus berasama air rebusan ketam.
Masukkan sebuk cukup rasa maggi, garam biarkan ianya mendidih.
Tabur daun daun sup & sedia di hidang
Mangkuk Kedua


Info : Sop ketam ini sesuai makan pada anda yang demam, sup ketam juga  dijadikan penawar kepada demam denggi, ketam nipah jadi naik harga dan mahal berikutan kini menjadi rebutan kerana ada yang percaya ia berupaya menjadi rawatan alternatif kepada pesakit Covid-19.

Bagi Bonde Sop Ketam Nipah ni sedap dihirup kuahnya... kalau nak lebih sedap Bonde akan buat kuah kicap cili api dengan perahan limau (itu selera Bonde) Makan pula dengan nasi putih panas-panas.

Selamat Mencuba

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. nampak mcm byk isi tu. sedapnya alahai ketam sup

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaa...fav SAa ni..especially masak kamheong atau kari

    BalasPadam
  3. sedapnya ketammmmmm bonde. leyla dah bertahun tak makan ketam rasanya. memang jarang beli ketam. kalau betul2 nak makan baru beli. ni tetiba rasa nak makan ketam pulak hehe, kena cari ni

    BalasPadam
  4. besar betul sepitnya tu. puas makan. antara menu favourite kami kalau masak ketam. mesti sup ketam. lagi dapat hirup kuahnya tu.

    BalasPadam
  5. tak pernah makan lagi ketam ni..ketam biasa tu menu masak lomak jelah!

    BalasPadam
  6. Tak pernah lagi buat sup ketam nipah.. yg ketam bunga biasa buat

    BalasPadam
  7. dah lama tak makan ketam, ketam nipah lagi la tak pernah sebab mahal hihi..biasa kari ketam je kita biasa makan, ni sup,nanti boleh la try boleh,thanks tau sudi share resepi

    BalasPadam
  8. Ya rabbi terliurnya tengok nanti kte nak try la resipi ni

    BalasPadam
  9. Terbau bau lah sup ketam tu sampai sini.. adudu sedapnya Bonde..

    BalasPadam
  10. Sedapnya ketam nipah, rebus pun sedap isinya, manis manis tak sama mcm ketam bunga

    BalasPadam
  11. sedapnya bonde. saya tak pernah makan ketam nipah. selalu makan ketam biasa je. tq bonde share resipi, kalau terbali nanti, bolehla cuba resipi bonde ni.

    BalasPadam
  12. Tak pernah rasa lagi ketam ni... Lagipun saya alergi ketam tu yang lama tak makan,

    BalasPadam
  13. Favorite ni sup ketam tapi tak pernah try buat pakai ketam nipah. Mesti sedap kan isi dia tebal.

    BalasPadam
  14. Husband suka masak kamheong kalau ketam ni. Tapi since sekarang husband tetiba alergi makan ketam n sotong, so kitorang pun mcm dah berpuasa juga dari makan ketam.
    Hirup sup ketam panas2 dgn nasi pun sedap sangat.
    Masak bubur nasi letak ketam pun saya Suka juga.

    BalasPadam
  15. Sup ketam nipah ni kalau family saya waktu demam denggi hari tu memang famous betul. Anak-anak pun kena paksa makan. hehe

    BalasPadam
  16. ya Allah sedapnya bonde.. paling suka sepit tu.. gemukkkk

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.