بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Tengahari, Hai pembaca semua..
Selain suka makan makanan viral, western, Japanese, Korean, Thai dan lain-lain Bonde suka makan lauk-lauk kampung juga tau.. Paling suka masakkan kampung ishh rindu air tangan mak. Bila rindu masakkan mak selalunya Bonde akan masak sendiri.
Kalau ke Cameron Highland Bonde pasti beli pucuk labu ni.. selalunya boleh dapat RM 1 satu ikat, kalau beli banyak dekat sayur campur tu 7 bungkus RM 10 anda kena pandai-pandai tawar menawar tau hehehe
Resepi Masak Lemak Putih Labu
Bahan-bahan :
500 gram labu (bersihkan kulit dan potong kiub besar)
1 ikat pucuk labu (siang @ ambik daun yang lembut sahaja)
1 sudu besar udang kering
1 kotak santan saiz kecil
1 sudu besar udang kering
1 kotak santan saiz kecil
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
sedikit air
sedikit garam
sedikit cukup rasa maggi
Bahan untuk hiris kasar:
bawang merah
bawang putih
udang kering (rendam dalam air hingga kembang)
Cara untuk memasak:
Kupas kulit labu dan potong kepada bentuk kiub yang besar. Basuh bersih.
Masukkan labu dan bahan yang dihiris kasar di dalam periuk dan masak bersama sedikit air di atas api perlahan sehingga empuk.
Anggaran 5-10 minit, bergantung kepada saiz labu.
Masukkan santan kotak.
Masak di atas api yang perlahan sehingga santan mendidih.
Kacau-kacau kuah dengan pelahan supaya santan tidak berketul.
Masukkan pucuk labu, Kacau-kacau lagi pastikan labu tidak hancur.
Apabila labu sudah empuk dan masak angkat dan hidang.
Masak lemak Putih Labu ni sedap makan dengan nasi putih, ikan masin dan juga sambal belacan.
Selamat mencuba!
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
~ Bonde Senyum Riang ~
2 Ulasan
Sukanya lauk macam ni. Pastu lawan dengan samnal tumis udang. Terangkat.
BalasPadamanak2 suka lauk masak lemak macam ni.. tapi tak makan labunya.. makan kuahnya je haha
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.