Pengalaman Naik Aerobar Cove Di Gamuda Cove Dicovery Park



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai Pembaca semua... Baru-baru ni Bonde berkesempatan ke Gamuda Cove Teruja nak cuba naik Aerobar Cove tu nampak menarik jerkan.

Pengalaman Naik Aerobar Cove Di Gamuda Cove Dicovery Park


Aerobar Cove Apa tu?


Aerobar Cove adalah alat yang diberi nama untuk anda cuba naik ke atas.. nikmati pemandangan diatas awan atau perjalanan menaiki Aerobar Cove yang unik untuk menikmati pemandangan panoramik yang menakjubkan. Semasa anda berada di sana,  Pengalaman selama 15 minit ini pastinya sesuatu yang anda akan ingat seumur hidup.  Bonde dapat menikmati pemandangan daripada ketinggian 35 meter dari paras laut. 



Sebelum naik tu, kenalah tunggu pelanggan lain yang dah beli tiket, siapa tak ikut masa... kena tinggal yea! Jadi siapa yang dah beli tiket mohon get ready jer di kawasan berdekatan.

Harga Tiket Aerobar Cove

Tapi masa Bonde pergi hari tu, tak sempat menikmati snek dan minuman ringan pakej juga murah dari biasa.


Sepatutnya time bonde naik Aerobar Cove nih Jam 3.00 petang, tapi disebabkan cuaca dah mula mendung awan sudah bertukar gelap dan seperti hujan akan turun dalam masa terdekat.  Waktu yang sepatunya dipercepatkan jam 2.45 petang.




Dekat sini dalam gambar menampakkan awan yang gelap.. sempatlah kami rasa angin kuat dekat atas tu dan juga hujan gerimis...



Pengalaman Bonde Naik Aerobar Cove


Seronok naik Aerobar Cove nih..satu pengalaman baru bagi Bonde, dapat tengok kawasan sekeliling Gamuda Cove yang sedang dibangunkan kawasan yang luas dan tak sabar nak mandi manda dekat sini bila water park dah siap..


Kalau Gayat 

Pada yang gayat tu Bonde tak sarankan naik... Sebab Bonde sendiri pun tak berani nak tengok ke bawah.  

Nasihat Bonde

Bagi yang nak selfie tu sila jaga handphone anda dengan berhati-hati, takut kalau jatuh kebawah bekecai handphone tu... menagis kat tepi Aerobar pula karang hehehe

Bagi anda yang nak cuba naik Aerobar Cove ni.. Boleh beli tiket dekat sini yea 

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Bonde.. kita cari harga dia takde.. berapa harganya.. kalau kita memang tak naik la.. sejenis budak gayat.. hahaha

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.