Pengalaman Merasai Gempa Bumi 25 Februari 2022



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai Pembaca semua, Semalam rata-rata ramai yang merasai gegaran sama ada yang berada dirumah ataupu di pejabat semua ada rasa gegaran tersebut.

Semalam Jumaat 25 Februari 2022 lebih kurang jam 9.44 pagi Bonde berada di rumah merasakan gegaran yang agak kuat itu.

Rupanya memang betul ada Gempa bumi.

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan utara Sumatera, Indonesia pagi ini.

Jabatan Meterologi memaklumkan kejadian pada 9.39 pagi menyebabkan negeri barat Semenanjung Malaysia melibatkan Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut mengalami gegaran.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dilaporkan berlaku di negara ini.

Gempa berkenaan berlaku di kawasan 76 kilometer (km) Barat Laut dari Payakumbuh, Indonesia dengan kedalaman 10 km.

Gempa Bumi Melanda Utara Sumatera Indonesia



Pengalaman Merasai Gempa Bumi 25 Februari 2022

9.40 pagi

Tiba-tiba rasa seperti rumah bergoyang-goyang dan kepala Bonde automatik rasa pening berpusing eh eh kenapa adakah petanda awal nak pitam terus rasa nak muntah.

Bonde terus terfikir mungkin ada berlaku gempa sebentar tadi di Negara-negara berdekatan dengan Malaysia, terus buka facebook tengok update kalaulah ada info tentang gempa yang berlaku, tapi mungkin terlalu awal tiada info waktu itu 9.44 pagi.

Bonde sempat update status di wall facebook pada jam 9.44 pagi,  terima kasih yang respon di komen facebook, info yang anda berikan sangatlah dihargai dan terjawab segala pertanyaan di dalam fikiran.

Kenyataan Media Jabatan Meterologi Malaysia

Kenyataan Media Jabatan Meterologi Malaysia


Gempa Bumi Melanda Sumatera Indonesia


Syukur di Malaysia kita hanya rasakan gegaran Gempa Bumi tersebut, tidak sama kesannya seperti di Sumatera Indonesia,  Mereka mengalami kesan yang sangat teruk seperti rosak tempat berteduh, ada rumah yang rosak teruk dan runtuh akibat gempa bumi semalam. 




Sama-sama doakan saudara islam kita di Indonesia dipermudahkan urusan dan cepat pulih dari musibah bencana .

Doa Ketika Gempa Bumi


InsyaAllah, Aamiin.

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. kami di johor tak sedar pun bonde.. agaknya sebab tak selari dengan tempat berlaku gempa tu kot..

    BalasPadam
  2. tak sempat baca doa gempa bonde sebab blur tak tau apa yg jadi masa tu huhu

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.