Mencegah Kehadiran Penyakit Adalah Lebih Baik Dari Merawatnya



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari, Hai Pembaca semua...

 

Setiap insan pasti inginkan tubuh badan yang sihat, selesa dan nampak sempurna. Begitulah juga dengan Bonde. Siapa yang tidak inginkan tubuh badan yang sihat kan? Siapa yang suka sakit kan? Bila tubuh badan kita sakit, segala apa yang kita lakukan seharian akan terbatas dan yang pasti duit yang perlu dikeluarkan juga banyak untuk dapatkan rawatan.

 

Seluruh dunia kini masih lagi bergelut dengan masalah pandemik Covid 19 yang belum nampak berkurangan dan saban hari jumlah kes harian terbaru semakin meningkat. Pelbagai cara telah dilakukan semua pihak bagi mencari jalan penyelesaian untuk mencegah dan merawat wabak ini dari terus merebak.

 


Di Malaysia sahaja, jumlah kes positif Covid-19 melebihi angka 3 juta dan Pengarah Kesihatan Malaysia juga menjangka jumlah jangkitan ini akan semakin meningkat jika rakyat Malaysia masih lagi alpa dan tidak menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

 

Mencegah Kehadiran Penyakit Adalah Lebih Baik Dari Merawatnya

 

Walaupun kita sebagai umat Islam percaya wabak ini adalah peringatan dariNya, namun pencegahan adalah lebih baik dari merawat.

 

Di antara ajaran Nabi s.a.w. apabila berhadapan dengan masalah penyakit berjangkit adalah pencegahan. Adalah menjadi tanggungjawab agama setiap individu dan masyarakat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan mengelakkan diri dari tempat-tempat awam, termasuk masjid, agar orang yang sihat tidak dijangkiti.

 

Sabda Rasulullah s.a.w.:

 

لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

 

Yang bermaksud: “Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.”  (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).7

 

Nabi s.a.w. juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:

 

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

 

Yang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

 

So…. Bonde tidak hairanlah jika pelbagai SOP diperkenalkan oleh kerajaan untuk dipatuhi oleh kita sebagai rakyat Malaysia.

 

Namun begitu, jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat.

 

Sabda Nabi SAW:

 

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

 

Semua orang risau jika dijangkiti Covid 19 nie… sama jugak dengan Bonde… Pelbagai suplemen mula diperkenalkan di pasaran untuk meningkatkan sistem imun di dalam badan bagi melawan wabak tersebut. Salah satunya adalah produk keluaran Eskayvie iaitu Eskayvie Diffenz.

 



 

Untuk pengetahuan pembaca semua, Eskayvie Diffenz ini diformulasikan dengan 4 Jenis Superfood yang membantu meningkatkan sistem imun badan iaitu Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu.

 

Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin bahawa pengambilan makanan tambahan atau suplemen memainkan peranan yang penting untuk membekalkan sumber nutrisi mencukupi kepada badan.

 

Kelebihan 4 Bahan Utama Yang Ada Di Dalam Eskayvie Diffenz

 

Untuk pengetahuan semua, bahan-bahan utama yang ada di dalam Diffenz ini mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan penyakit dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati.

 

Antara khasiat kandungan utama Diffenz adalah:

 

1)    Cendawan Susu Harimau

 

     Kesihatan sistem jantung dan hati

     Kesan anti-virus dan anti-bakteria serta anti-penuaan dan anti-kanser

     Melindungi paru-paru dan sakit sendi

     Tingkatkan sistem imun dan antioksidan yang tinggi

 

2)    Buah Camu-camu

 

     Mengandungi antioksidan yang kuat

     Boleh melawan keradangan, punca penyakit kronik

     Kurangkan risiko Alzheimer dan kesan anti-mikrob

     Tingkatkan fungsi jantung dan melebarkan salur darah

     Menstabilkan bacaan tekanan darah tinggi

 

3)    Vitamin D

 

     Bantu kawal berat badan & kesihatan tulang serta otot

     Tingkatkan penyerapan kalsium

     Tingkatkan sistem imun badan

 

4)    Vitamin C

 

     Mengurangkan risiko penyakit kronik

     Menyihatkan otot jantung

     Cepatkan penyembuhan luka

 

Antara 4 bahan utama Diffenz diatas, Cendawan Susu Harimau adalah yang paling “rare” ya! Kenapa paling rare? Ini kerana Cendawan Susu Harimau ini hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. Tempoh untuk cendawan ni membesar mengambil masa bertahun lamanya. Ia tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa dan sangat sukar diperolehi. Harganya juga boleh mencecah ribuan ringgit untuk setiap gram!

 



 

Sanggupkah anda beli Cendawan Susu Harimau ni dengan harga ribuan ringgit? Tidak bukan? Bonde pun tak sanggup hehe…

 

Untuk pengetahuan semua, cendawan ini juga diiktiraf sebagai “Harta Karun Negara” dan amat sukar didapati pada masa kini. Nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia dikatakan hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan.

 

Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ini tak tumbuh secara berkelompok atau berjemaah macam cendawan lain tapi sebaliknya ia tumbuh secara sendirian.

 

Namun kini, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

 



 

Tahukah anda? Pada tahun 2002, pelbagai kajian telah giat dijalankan apabila mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya selama bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini. 

 

Jadi, untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan, Eskayvie Diffenz telah diformulasikan untuk memberikan kebaikan yang anda perlukan.

 

Kebaikan Eskayvie Diffenz:

 

● Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.

● Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.

● Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.

● Menguatkan sistem imun badan dari jangkitan kuman dan virus.

● Digunakan untuk mengurangkan simptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.




 

Jadi senang cerita, Eskayvie Diffenz ni memang produk yang sesuai kita dapatkan ketika Pandemik Covid-19 ini melanda negara kita dan seluruh dunia. Banyak khasiat yang ada dalam Eskayvie Diffenz ini untuk bantu tingkatkan sistem imun badan dan melawan jangkitan Covid-19 ni.

 

Eskayvie Diffenz ini telah digunakan oleh ramai dan telah terbukti keberkesanannya. Jom kita tengok salah satu testimoni pengguna Diffenz ni.

 


Kedua orang tua Pn Siti yang menetap di Bukit Canggang telah dijangkiti Covid 19 pada bulan September 2021. Ia bermula dengan bapanya yang mengalami demam dan batuk teruk. Ibunya pula memiliki sejarah penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

 

Seramai 22 ahli keluarga disaring, namun kedua orang tuanya yang lebih teruk akibat faktor usia dan sejarah penyakit kronik. Pn Siti memberikan Eskayvie Diffenz kepada  kedua orang tuanya selepas mendapati banyak feedback positif tentang kebaikannya.

 

Pengambilan Eskayvie Diffenz yang berterusan oleh bapanya telah mengurangkan batuk yang teruk akibat serangan wabak Covid 19. Alhamdulillah, Eskayvie Diffenz telah membantu ibu bapa Pn Siti menangani kesan sampingan akibat Covid 19.

 

Pentingnya Perlindungan Seisi Keluarga Dengan Eskayvie Diffenz

 

Di musim pelbagai wabak ketika ini amatlah penting kita persiapkan seisi keluarga kita dengan perlindungan yang sewajarnya. Jika kita lihat pun sejak bermulanya Pandemik Covid-19 ini pada 2019 sehingga sekarang ni, bermacam-macam jenis varian Covid-19 yang muncul dan tidak mustahil akan adanya varian terbaru akan datang.

 

Jadi, sebagai insan yang prihatin dengan kesihatan, kita janganlah ambil ringan perkara ini. Tingkatkan sistem imun badan kita supaya berada di tahap yang optimum agar tubuh badan kita terlindung daripada sebarang jangkitan kuman dan virus.

 



 

Antara yang kita boleh ikhtiar adalah dapatkan Eskayvie Diffenz ini kerana ia diformulasikan untuk meningkatkan sistem imun badan kita dan ianya mengandungi bahan-bahan yang mempunyai pelbagai jenis khasiat. Antaranya adalah Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu. Bahan tersebut mencecah RM 499+ tetapi Eskayvie Diffenz hanya berharga RM60.00 sebotol.

 



 

Untuk pengetahuan pembaca semua, Eskayvie juga ada perlindungan untuk anak-anak di bawah 5 tahun yang masih belum menerima vaksin iaitu Eskayvie Diffenz Junior. Dapatkan set keluarga Eskayvie Diffenz bersama Diffenz Junior untuk lindungi paru-paru serta tingkatkan sistem imunisasi badan anda dan yang tersayang 

 

Dapatkan Eskayvie Diffenz hari ini juga untuk perlindungan harian anda sekeluarga. Kita ikhtiar yang terbaik untuk diri dan keluarga agar terhindar daripada jangkitan Covid-19 mahupun  penyakit-penyakit merbahaya yang lain.

 

Berminat nak dapatkan Eskayvie Diffenz? Anda boleh dapatkan Diffenz di laman web dan media sosial dibawah.

 

Website: www.eskayvie.com

FB PAGE: Eskayvie Malaysia -  https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia -  https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

 


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. ada jugak baca testi yang guna diffenz ni kat anak-anak diorang untuk cegah covid.. nampak berkesan..

    BalasPadam
  2. wah cendawan susu harimau. memang susah nak dapat tu. bukan biasa² kandungannya tu.

    BalasPadam
  3. zaman skrg ni mmg wajib cari supplemen utk lindungi imun sistem kita kan

    BalasPadam
  4. Selain tu kalau d'farmasi ada jual x ? Mencegah lebih baik tp ramai yg bila dah kena brulah sibuk nak mengubat kan.. Tp kalau kena juga walaupun kita dah usaha utk mencegah dah takdir gitu.. Apapun semoga Allah angkat segala wabak penyakit nie aamiin

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.