Info Perniagaan 2022 Live Session Di Saluran Telegram Datuk WIra Dr. Azizan Osman Official



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum Dan Selamat pagi, Hai Pembaca Semua... Bonde nak beri info tentang Live Session bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman pada masa dan ketetapan seperti dibawah.

Info Perniagaan 2022 Live Session Di Saluran Telegram Datuk WIra Dr. Azizan Osman Official


Tentang RichWorks

Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Semoga tahun 2022 ini akan memberi sinar baru kepada semua usahawan kecil yang ingin maju dan menaikan taraf perniaagaan ke satu level yang lebih tinggi.

Contoh sudah ada di depan mata, tak perlu lagi pening untuk membuat pilihan yang tepat. Tepuk dada tanya selera.

Moga anda semua berjaya seperti mereka yang telah mencapai kejayaan sekarang. 


Richworks Bantu Rakyat

Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

Richworks Prihatin

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.


RichWorks Juga Mahu Membimbing Anak Didik Mereka Untuk Mengharungi 2021 Hingga Capai Kejayaan

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

10 Cabaran Kritikal Perniagaan

Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah! 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang!

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada 13 Februari 2022 Ahad ini, jam 8.00 pagi.



Datuk Wira Dr Azizan Osman memaklumkan dari apa yang telah beliau buat kajian dalam tempoh dua minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.


Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.


Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.


Datuk Wira Dr Azizan Osman berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.



Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.


Datuk Wira Dr Azizan Osman juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali, Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri tidak tahu memberikan jawapan apa.


Tapi Datuk Wira Dr Azizan Osman sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!



Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.


Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.


Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.


Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.


Datuk Wira Dr Azizan Osman ulangi, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.



Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.


Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?


Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.



Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.



Jadi marilah bersama dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.

Untuk mencapai satu-satu kejayaan bukanlah semudah ABC, Moga anda semua berjaya seperti mereka yang telah mencapai kejayaan sekarang. 

Jangan lupa tonton Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada 13 Februari 2022 Ahad ini, jam 8.00 pagi. Jumpa anda di channel telegram Ahad ini. InsyaAllah.

Untuk maklumat lanjut tentang program-program yang bakal dijalankan, anda boleh klik laman web atau media sosial RichWorks  seperti di bawah :

Website l Facebook l Instagram|Twitter l Youtube 


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. perkongsian yg bukan calang-calang. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang

    BalasPadam
  2. Wah...teruja baca...semoga dipermudahkan segala usaha Richworks

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.