Dengan Bertemakan Konten Islamik, Durioo
Melancarkan Platform Penstriman Global Pertamanya Khas Buat Kanak-Kanak Muslim
Di Seluruh Dunia
Selangor, 28 Februari 2022 - Selepas dilancarkan di Ekspo Dubai 2020 yang oleh Menteri
Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, sebuah syarikat Animasi
Teknologi Malaysia bernama Durioo dengan rasminya telah mengumumkan pelancaran
platform penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durioo+ pada 18
Februari 2022 yang lepas. Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan
untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk
kanak-kanak di seluruh dunia.
Durioo+ ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 7 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka. Durioo+ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia.
Sempena pelancarannya, pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih
daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan
nilai dan prinsip pegangan dalam Islam. Ia juga merancang untuk menampilkan 30
kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan
kandungan untuk ditonton. Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12
rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan
banyak lagi.
Pelanggan Durioo+ akan mempunyai akses untuk menonton kandungan
yang dihasilkan oleh tim kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik
melalui kerjasama dengan studio produksi lain seperti Bubu Lala – produksi bersama dengan Yeah Yeah Yeah Studio, Polytako – animasi yang dihasilkan
bersama dengan Kanaloa Malaysia dan Zehni
– pengeluaran bersama Philandure.
Pengasas Durioo, Sinan Ismail berkata pelancaran Durioo+ adalah
langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform
penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia.
"Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas
Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan
yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam," tambahnya
lagi. Dengan Durioo+, Sinan berharap
dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja
dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama
Islam.
Untuk penstriman dalam talian, layari laman web https://duriooplus.com/ atau untuk akses yang lebih mudah,
pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua
gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV. Durioo+
menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan
pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7
hari.
10 Ulasan
menarik pulak tengok rupa kartun tu bonde.. kalau tunjuk dengan anak-anak pasti suka ni..
BalasPadamsyabasa durioo
BalasPadamMemang bagus sangat kan bila durioo+ buat camni. Ye la anak2 mmg kena dibentuk dari awal lagi
BalasPadamBagus ada cerita macam ni. Kartun macam ni anak2 suka. Dapat juga diorang tambah ilmu
BalasPadamBagus sebenarnya kartun islamik ni, banyak sgt pengajaran yg ada dlm krtun tu
BalasPadamBagus ini.. tengok animasinya pun nampak cute. Sure bebudak seronok menonton sambil belajar.
BalasPadamBagus ni Bonde. Bagi pilihan menarik Kat anak anak utk tonton kartun islamik. Kita pun tenang nak bg anak layan platform sebegini.
BalasPadamBoleh try download juga nanti bagi anak² tengok...
BalasPadamKita dah subscribe Durioo+ untuk anak-anak. Rasa tenang sket kalau biar anak tengok channel ni..
BalasPadamKena byakkan konten islamik kat kaca tv juga..bagus dah d'sediakan platform mcm nie.. Tak bole juga percaya konten kat youtube.. I mean kanak2 sebaiknya tak perlu akses laman youtube susah nak pantau juga sbnarnya 100%
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.