Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Hai Pembaca Semua.. Baru-baru ni Resepi Rain Drop Puding atau Puding Titisan Hujan ni viral di tik tok dan facebook, tapi Bonde belum ada masa yang sesuai nak buat dan bahan pun tak ada stok dirumah. Tapi dah terliur tengok gambar-gambar yang dikongsikan jadi Bonde simpan sini dulu Resepinya, nanti nak buat boleh klik entri nih...
Resepi Viral Di Tiktok Rain Drop Puding
Bahan-Bahan1/2 sudu besar serbuk agar-agar
1 sudu besar gula kastor
700ml air
Air gula melaka
Serbuk kacang soya
Cara-cara membuatnya
1. Rebus semua bahan sampai mendidih. Tuangkan adunan secukupnya dalam mangkuk bulat.
2. Sejukkan sehingga mengeras.
3. Jika sudah keras, lapik pinggan atas mangkuk dan terbalikkan dengan berhati-hati ke atas pinggan.
4. Hias menggunakan air gula melaka dan serbuk kacang soya yang dipanggang.
Baiklah... InsyaAllah bila Bonde dah buat, jadi atau tak? Bonde kongsikan gambar disini yea.. Doakan Bonde dapat cuba dengan jayanya..
Kepada yang anda yang dah terliur tu... Selamat mencuba!
Kredit : Resepi Dunia Masakan.
Info Pelbagai Resepi join Channel https://t.me/ResepiKampungku
Info Parenting : Join group telegram ini : https://t.me/ibuhamilmalaysia
3 Ulasan
ada lalu lalang kat fb aida jugak ni.
BalasPadamtrending sekejap ek.
teringin aida merasanya,bonde.
Macam menarik je bonde...
BalasPadamTengah viral kan sekarang nie Bonde.. teringin jugak Kak Sue nak merasa nanti..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.