Assalamualaikum, Hai pembaca semua... Selamat Malam, Sekarang ini musim hujan agak berpanjangan, malam hujan, pagi hujan, petang hujan, syukur Alhamdulillah hujan turun moga hujan yang turun memberi manfaat kepada kita semua...
Selalunya kalau basuh baju pada musim hujan ni, baju akan jadi lembab bila disidai dan jadi busuk/hapak walau sudah letak downy dan penwangi baju ianya tidak membantu.
Kalau dirumah ada tiga orang dewasa musim hujan begini mana nak sidai baju? Untuk mengatasi masalah tak ada tempat sidai baju dan tak nak rumah jadi kedai dobi Bonde telah membuat kaji selidik tentang penggunaan Dryer Machine.
Setelah mengambil masa yang lama buat kira-kira untuk pembelian Dryer Machine Bonde telah ambil keputusan untuk beli sebuah dryer untuk kegunaan dirumah. Kebetulan sungguh Bos Bonde yang bercuti tanpa gaji mengikuti suami bertugas di Dubai hendak menjual dryer machinenya. Bonde terus booking. Bos Bonde baru guna dalam enam bulan dryer nampak masih baru dan under waranty lagi.
Semua kad waranty diberi sekali semasa penyerahan dryer machine. Kalau ikutkan harga asal dryer machine ini agak mahal juga. Biasalah kena pecahkan tabung baru boleh beli, hehehe. Beli dengan Bos Bonde dapat separuh harga... Syukur Alhamdulillah Dibawah ini Bonde kongsikan untuk anda yang sedang buat survey tentang Dryer Machine.
Empat Jenis Dryer Machine Yang Popular Di Shopee
Sebelum anda membeli dryer anda kena tahu kegunaannya dan kalau anda nak tahu dryer nih ada Tiga Kategori.
Tiga Kategori Dryer Machine
1. Vented
Harganya murah RM 800 lebih boleh dapat. Cuma jenis ni kena letak dekat luar. Sebab nak alirkan wap air. Kalau letak dalam rumah, kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.
2. Condenser
Harganya boleh tahan RM 1200 ke atas. Jenis ni tak perlu letak luar rumah. Sebab wap akan ditukar menjadi air dan disimpan dalam bekas yang ada dekat mesin ni. Cuma, setiap kali lepas keringkan baju anda kena buang air tu. Dari segi penggunaan elektrik pula, akan ada tambahan RM15 hingga RM20 jika guna setiap hari.
3. Heat Pump
Konsepnya masih sama dengan condencer. Tapi lebih power dan padu. Harganya mahal sikit lebih RM 2000. Sekali penggunaan 800 watt. Kalau guna setiap hari, akan ada kenaikan bil sebanyak RM 5 sahaja. Kalau dua hari sekali, RM2.50 sahaja bil dryer sebulan. Memang jimat tapi Dryer jenis nih mahal.
Kenapa Perlunya Dryer Machine Di Rumah
Sebelum ni selalu rasa, rumah orang ada dryer ni rumah orang kayangan je. tapi sekarang dryer dah jadi macam keperluan.
Memandangkan Bonde masih bekerja lima hari seminggu dryer ni agak penting juga lah pada Bonde dan keluarga. Masing-masing sibuk bekerja, keluar pagi hari, malam baru sampai rumah bila masanya nak cuci pakaian , sidai, angkat dan lipat? Balik kerja pun dah letih memandang sekarang nih... dah macam orang kerja dekat kebun bukan dekat pejabat.
Kerja-kerja macam nih yang berkaitan dengan orang perempuan terutamanya, ada jer lelaki dan suami yang bantu kerja-kerja nih anda kenalah bersyukur dapat suami yang membantu buat kerja-kerja rumah, tapi Bonde lebih suka buat sendiri dari suami buat hehehe adalah sebab sendiri yea.
Bagi orang lelaki pulak, mungkin ni satu cara untuk senangkan isteri yang bekerja. Apa kata belikan satu untuk isteri dirumah.
Kiraan Penggunaan Mesin Pengering Di Kedai Dobi
Kalau setiap kali keringkan RM5 /mesin. Guna 2 mesin. = RM10
2 minggu, 3x dry = RM30
1 bulan 6x dry = RM60
cukup 1 tahun = RM720. Lepas dah beli dryer sebijik. Ada banyak brand pilih yang mampu milik.
Bil elektrik tak naik banyak, lepas basuh terus keringkan. Kemudian tinggal nak hangger sahaja.
Empat Jenis Dryer Machine Yang Popular Di Shopee
1. Midea Dryer 7KG Mesin Pengering 7KG MD-7388 MD7388
klik link ini : https://shp.ee/hie3tqh
Buzzer
Electronic Control
Button program selection
Cool-down phase
Transparent Door
Front Lint Filter
Crease guard option
Error Alarm
Cycle status light
2. Haier Dryer Series Vented Dryer HDV70E1 (7kg)
klik link ini : https://shp.ee/rqqs8jh
Model : Haier HDY-D60
1 Year Warranty By Haier Malaysia
3. Toshiba 7Kg Dryer Machine Clothes Dryer Baju TD-H80SEM TD-H80SEM(SK)
klik link ini : https://shp.ee/kph8k9h
𝗪𝗵𝘆 𝗰𝗵𝗼𝗼𝘀𝗲 𝗦𝗰𝗼𝘁𝘁 𝗘𝗹𝗲𝗰𝘁𝗿𝗼𝗻𝗶𝗰𝘀 𝗧𝗿𝗮𝗱𝗶𝗻𝗴
❗Original Product + Manufactured Warranty
❗Brand new, Sealed Product
❗Over 20 Years of experiences in Home Appliances
❗Delivery by Seller Kedah & Penang (Led TV, Washing Machine, Dryer , Peti Ais)
❗Order make before 3pm will ship the same day (Courier Service Order Only)
❗Free Inspection for all LED TV + Delivery Protection (Insurance)
❗Super Fast Response between (10AM-10PM)
❗Customer service - 0102406100 (Whatsapp)
- Frequency (Hz) - 50
4. Electrolux UltimateCare 500 Venting Dryer Machine (7kg) EDV705HQWA
klik link ini : https://shp.ee/s32r8fh
** Shipping [ Standard Delivery ] option is using J&T to Nation Wide Peninsular Malaysia **
** Shipping [ Others West Malaysia ] option is delivering by us for KEDAH, PENANG dan PERLIS state only **
** We recommend [ Others West Malaysia ] option to avoid dented.
- 7 KG Capacity Clothes Dryer - Smart Sensor - Reverse Tumbling Technology, Alternate clockwise and anti-clockwise drum movements reduce clothes tangling and result in up to 32% less wrinkles. - Delicates Programme - Fast 40 Programme - Time Drying - Less wrinkles, effortless elegance - Superior colour care, 80% less colour fading vs sun drying - Fabric quality protected, no over-drying - Delicate drying, energy saving, 6% energy saving vs previous model
- Two (2) Years Local Manufacturer Warranty from ELECTROLUX Malaysia
Moga perkongsian ini membantu anda yang sedang buat penilaian berkaitan dryer machine, Sila kongsikan pada yang lain seandainya ia bermanfaat... terima kasih.
~ Bonde Senyum Riang ~
11 Ulasan
Dryer ni dah jadi 1 keperluan sekarang ni. Senang untuk yang busy dan tak sempat jemur kain kan.
BalasPadamantara wishlist saya. tapi apa-apa pun perlu buat tempat laundry dulu.
BalasPadamsalam
BalasPadamoo ada macam2 ek. nice sharing.
masa anak2 kecik dulu teringin gak nak guna dryer ni. tp sampaikan dah besar2 semua tak pun terbeli. anak2 sekarang basuh baju sendiri then keringkan dikedai.
tu la. tgh fikir nak beli ke x dryer ni.
BalasPadamGood sharing Bonde.. teringin jugak nak ada satu kat rumah nie..
BalasPadamteringin plak nak beli dryer. tapi skrg musim panas belum jadi keperluan lagi la
BalasPadammenariknya, macam² jenis ada rupanya. Betul, skrg ni dah jadi keperluan. Kalau dulu yang ada dryer ni orang kaya² je. hehe.
BalasPadamKak azni dah lama
BalasPadamPakai dryer dr tahun 2008 rasanya. Brand electrolux.. elok sampai skrg
Dok usyar juga bab dryer ni .. memang patut juga ada satu kat rumah..
BalasPadamBestnya kalau ada dryer kat rumah kan.. mudahlah kerja. Jadi cepat tak payah risau baju tak kering bila musim hujan. Tq sharingnya Bonde..
BalasPadamTeringin nak ada dryer...tapi tu la...confirm xde tempat nak letak nanti
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.