Doa Ketika Barang Dicuri



Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai Pembaca semua... Bonde akui selalu lupa letak barang dekat mana? Nak-nak cermin mata memang kerap hilang... kadang sebab kecuaian sendiri dan pada zaman sekolah dulu cermin mata Bonde pernah hilang sebab dicuri, motif kecurian pun jadi tanda tanya... sebab rabun mata setiap orang kan tak sama, tak perlah mengimbas kenangan zaman sekolah... nak buat macam mana redha jerlah buat cermin mata baru.. disini Bonde  nak kongsikan Doa Ketika Barang Dicuri.



Doa Ketika Barang Dicuri

Kehilangan barang berharga tentu membuat gusar. Entah hilang kerana lupa atau mungkin hilang kerana dicuri.

Mungkin barang itu adalah sesuatu yang sangat berharga seperti perhiasan emas berlian, kereta, motor, atau wang.

Segala cara dan usaha pasti akan ditempuh untuk menemukan atau mengembalikan barang yang hilang yang mungkin dicuri itu.

Sayangnya banyak yang pergi ke dukun untuk mengembalikan barang yang hilang tersebut.

Padahal ada Allah tempat kita mengadukan permasalahan kita. Allah maha kuasa untuk mengembalikan sesuatu yang hilang.

Jadi untuk mendapatkan kembali barang yang telah dicuri oleh pencuri, anda boleh mengamalkan amalan doa di bawah ini:

1. Anda harus mengetahui barang yang telah dicuri oleh si pencuri.

2. Setelah anda mengetahui barang yang dicuri, barulah anda membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali.

3. Setelah membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali, maka lanjutkan dengan membaca surah al-Ikhlas (Qulhu Allahu Ahad) sebanyak 7 kali.

4. Baca shalawat Nabi 7 kali seperti dibawah ini.

5. Bacakan: Ya Allah sebanyak 3 kali.

6. Bacakan asmaul khusna YA HAFIIDHU sebanyak 119 kali.

7. Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa:

“Ya Tuhanku, 
aku mohon supaya dikembalikan barang (Nama barang yang hilang) yang telah dicuri secepat mungkin."

Setelah anda lakukan mengikuti cara-cara yang diterangkan diatas, InsyaAllah anda akan mendapat kembali barang yang telah dicuri.

Ada tambahan doa lagi yang boleh anda baca:

اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا

ALLAHUMMA AJIRNI FII MUSIIBATII WAKHLUFNI KHOIRAN MINHA

"Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya ..”

Itulah doa yang boleh anda panjatkan untuk mengembalikan barang yang dicuri atau hilang entah kemana? dan sebab apa.

Jangan pergi ke dukun, kerana disamping dosa, hal itu hanya akan membuat anda semakin rugi.

Semoga bermanfaat.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.