Cara Buat Air Penawar Paling Ringkas Dan Mudah



Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai Pembaca semua... Bonde nak kongsikan kepada anda semua tentang Cara Buat Air Penawai Paling Ringkas Dan Mudah.  Teringat masa kecil dahulu, kami adik beradik kalau demam arwah Mak dan Ayah kami akan minta Tok Abah (Bapa kepada arwah Ayah) untuk buatkan kami air penawar.  Dikampung juga Arwah Tok Abah sering dikunjungi oleh saudara mara untuk dapatkan air penawar darinya.  Sekarang semuanya dah tiada, jadi ilmu perlu dicari... dan usaha buat sendiri untuk kegunaan diri dan keluarga.  Dibawah ini Bonde kongsikan Cara Buat Air Penawar Paling Ringkas Dan Mudah.




Cara Membuat Air Penawar Paling Ringkas Dan Mudah


1. Baca surah Al-Fatihah tujuh kali, Setiap kali selepas baca, tiup pada air,


2. Baca Ayat Kursi satu kali dan tiup pada air,


3. Baca selawat ke atas Nabi SAW sebelas kali dan tiup pada air,


4. Kemudian pohon hajat kepada Allah dan berdoa.


"Yaa Allah...
Jadikan air ini sebagai penawar menyembuh penyakitku@...............(sebut nama pesakit). Sesungguhnya Engkau lah yang maha menyembuhkan segala penyakit"


Kemudian tiup pada air. Dan air tersebut boleh digunakan untuk minum, sapu ditempat yang sakit dan untuk mandi.


Berapa botol boleh di bacakan? 


"Terpulang la berapa botol... lagi banyak lagi bagus".


Silakan kongsikan seandainya bermanfaat pada yang lain.




 
 ~ Bonde Senyum Riang ~


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. aida ikut pesan mak.
    tawarkan air utk anak, bonde.
    alfatihan & selawat nabi.
    agar anak dgr kata, in shaa Allah.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.