Sumbang Pek Makanan Untuk Mangsa Banjir Melalui Kopetro Catering



Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai Pembaca semua...

Sumbang Pek Makanan Untuk Mangsa Banjir Melalui Kopetro Catering 



KOPETRO Catering, salah sebuah anak syarikat kepada Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), menyeru kepada keluarga Malaysia untuk sama-sama menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor melalui program infaq pek makanan yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Tidak terhad kepada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementera, program infaq pek makanan ini juga mensasarkan sumbangan orang ramai turut disalurkan kepada anggota-anggota barisan hadapan seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Bomba yang masih lagi bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. 




Dengan tempahan minimum sebanyak 20 pek, orang ramai yang berminat untuk membuat infaq boleh memilih dua set menu makanan panas yang mengandungi nasi, lauk-pauk dan air mineral serendah RM7.90 satu pek dan penghantaran ke pusat pemindahan sementara yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor adalah percuma, ihsan daripada KOPETRO Catering.


Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, berkata program infaq pek makanan ini bukan perkhidmatan baharu yang ditawarkan KOPETRO Catering. Sejak negara diselubungi pandemik Covid-19 tahun 2020 yang lalu, pihak KOPETRO Catering telahpun membuka peluang kepada masyarakat yang ingin memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan melalui program infaq makanan. Selain memastikan kelangsungan perniagaan dapat diteruskan tatkala negara berada di bawah perintah kawalan pergerakkan, usaha murni seperti ini memberi peluang kepada masyarakat saling bantu-membantu dengan menggunakan saluran yang betul dan berkesan. 

Ahmad Shakir memberitahu bahawa pihaknya amat prihatin dengan bencana banjir yang melanda negara dan berharap inisiatif KOPETRO mengadakan program infaq pek makanan ini dapat membantu mangsa banjir dan barisan hadapan yang terlibat dengan memastikan makanan berkhasiat dapat disalurkan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa berada di pusat permindahan sementara. 




Menurut Mohd. Safwan Zulmani, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Makanan & Minuman KOPETRO, selain menawarkan pek makanan panas, KOPETRO Catering turut menyediakan pakej makanan dan minuman untuk majlis kenduri kahwin, majlis keramaian, majlis makan malam syarikat dan terbaharu pakej minuman untuk mesyuarat maya (virtual meeting), yang telah mendapat sambutan hangat sewaktu PKP rancak diperketatkan. 


Mohd. Safwan ditemui sewaktu penyampaian pek makanan di Kampung Bangi Tambahan, Selangor. Sebanyak 200 pek makanan telah diagihkan kepada SIARAN AKHBAR Untuk siaran segera mangsa-mangsa banjir di kampung tersebut hasil infaq dari 6 orang individu yang telah membuat tempahan awal. 




Mohd. Safwan memberitahu selain makanan panas, KOPETRO Catering turut menawarkan produk sejuk beku sedia untuk dimakan jenama LengQuas keluaran KOPETRO Food. Mula memasuki pasaran tempatan sejak tahun 2019, LengQuas menawarkan 21 hidangan lauk-pauk tradisional, antara yang menjadi pilihan popular adalah Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik dan Daging Masak Hitam, selain makanan Ready To Eat (sedia dimakan) seperti Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma dan Nasi Putih Daging Masak Hitam. Kesemua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia. 


KOPETRO Food turut menawarkan produk makanan sedia untuk dimakan bukan beku, yang diproses dengan teknologi Sistem Dekontaminasi Termal (TDS), tanpa sebarang penggunaan bahan kimia atau bahan pengawet. Makanan yang melalui proses dekontaminasi kekal segar pada suhu bilik selama sekurang-kurangnya 1 tahun serta kualiti makanan, kesegaran dan rasa terpelihara 100 peratus. Boleh dinikmati terus tanpa sebarang pemanasan, produk ini amat sesuai untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara. 


Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program infaq pek makanan dan produk-produk LengQuas atau ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 017-9320036 atau layari laman web www.kopetrocatering.com.my untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan KOPETRO Catering atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk-produk jenama LengQuas : 



Untuk pertanyaan media, sila hubungi, 

KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD 
(KOPETRO) RABIATUL A SAMUEIL Pengurus Promosi & Pengiklanan 
Tel : 019-7000170 Email : rabiatul.addawiah@kopetro.com.my 

MENGENAI KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD 


(KOPETRO) Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dianggotai 17,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Keanggotaan & Servis Kewangan, Perdagangan & Peruncitan, Pelancongan dan Perhotelan, dan juga Makanan dan Minuman.

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 5 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, iaitu anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards. 

Layari laman web www.kopetro.com.my untuk butiran lanjut mengenai syarikat atau ikuti akaun media sosial berikut: 







 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. alhamdulillah :)
    infaq utk yg perlu kan.
    mereka dlm kesusahan, moga terukir senyuman.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.