Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai Pembaca semua. Bonde nak kongsikan kepada anda semua tentang apa yang Bonde baca... ianya menarik untuk dikongsikan.
Dosa Yang Ditanggung Lelaki
Lelaki bujang Menanggung Dosa Sendiri Apabila sudah baligh..Sedangkan Dosa Anak gadis Ditanggung pula oleh Bapanya..
Lelaki yang sudah bernikah menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak Perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak Lelaki yang belum baligh...
Hukum Menjelaskan.. Anak lelaki bertanggung jawab pada ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak Lelaki yang paling tua. Manakala perempuan tidak, Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri Yang berbuat baik mendapat pahala, kalau berbuat tak baik dosanya ditanggung pula oleh suaminya...
Suami wajib Memberi nafkah pada isteri, Tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Tak layak bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin..
Diakhirat kelak, Seorang lelaki akan dipertanggung jawabkan terhadap 4 wanita ini :
1. Isterinya
2. Ibunya
3. Anak Perempuannya
4. Saudara Perempuannya
Banyak Lagi yang harus ditanggung oleh Lelaki, Lebih-lebih lagi yang bergelar suami.. Kalau dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan Semut..
Itu sebabnya mengikut kajian, nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.. Lelaki màti cepat kerana tak tahan dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung..
Kita Sebagai insan takkan dapat lari dari Qadha dan Qadhar dari Allah..
Nyawa dan Jasad ini hanya Dipinjamkan oleh-Nya, suatu hari nanti Pasti kita akan kembali menghadap yang Esa.
Kita sendiri tidak tahu apakah nasib kita di akhirat kelak. Apakah yang bakal kita Hadapi bila kita ditanya oleh kedua malaikat...
Buat anak perempuan/wanita yangg bergelar isteri, marilah kita sama-sama ringankanbeban kaum adam. Mulailah dari menutup aurat kita. Buat kaum adam, didiklah kaum hawa di jalan yang di redhai oleh Allah dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Sama-sama, saling membantu, sama-sama saling mengingatkan.
Semuanya Kuasa Allah..
Kita berserah kepada-Nya dan Semoga “Perjalanan” kita ke “sana” akan diterangi dengan Cahaya-Nya…INSYAALLaH…
Semoga bermanfaat, Aamiin ♥️
Kredit: Dalamislamcom
~ Bonde Senyum Riang ~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.