Doa Untuk Mangsa Banjir Sepang, Selangor



Assalamualaikum Dan Selamat Pagi... Baru ada kesempatan untuk update berkaitan banjir yang nelanda Sepang, Selangor sepanjang hujung minggu ini Bonde memang tak keluar kemana-mana...

Doa Untuk Mangsa Banjir Sepang, Selangor


Bonde sempat ke Majlis Pelancaran BBST Walk pada hari Jumaat yang lalu,  Bonde keluar dari pejabat lebih kurang jam 1.30 petang masa tu hujan baru nak turun, sepanjang perjalanan balik memang hujan.. bawa kereta dengan perlahan sebab banyak kenderaan susur dari Cyberjaya ke BBST.  Bonde balik kerumah dahulu.

Jam 3.30 petang hujan kembali turun dengan lebatnya jadinya Majlis tersebut berlaku dalam hujan yang sangat lebat... hingga majlis berakhir pada petang tersebut hujan masih belum berhenti.  pada malam tersebut ada aktiviti kebudayaan dan kesenian tapi Bonde tak tunggu lama sebab dan basah dalam hujan petang tu... terus sahaja pulang ke rumah.

Malam tu, hujan turun tanpa henti tu.. membuatkan  air terus naik mendadak hingga Pekan Sepang jadi banjir dan kawasan sekitar jadi terjejas.  Hujan lebat dah tidak berhenti hingga ke pagi Sabtu.


credit pic : muhammadbaik94

Update pagi sabtu Pekan Salak, Labu lanjut, Kota Warisan dan Dengkil telah banjir dibeberapa kawasan perumahan dan menyebabkan jalan ditutup untuk kenderaan ringan dan berat.  Mangsa banjir di pindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara yang telah ditetapkan.

Belum reda cerita di Sepang, Update dari Kakak Ipar di Puchong Batu 18, Rumahnya telah dinaiki air, air naik sangat deras tak dapat nak selamatkan barang-barang menjelang petang rumah telah di tenggelami air, Allahu sesak nafas dengar.  Rasa sedih dan kesian tak sampai hati meronta rasa nak pergi tengok mereka.  

Rumah Angah Di Puchong Banjir Teruk


Dalam sibuk dengan kawasan sekitar Sepang, Dapat update dari Kakak ipar di Puchong.  Allahu menggigil baca.  Tengok gambar yang dikongsikan terus rasa sedih.

Bila dapat tahu laluan pintasan jalan Kota Warisan telah surut dan dibuka laju kami bersiap untuk menghantar bekalan pakaian dan makanan.  Jalan ditutup kami tak dapat nak pergi kerumah... banyak kereta telah parkir di Depoh hentian LRT Putra Height,  Jadi kami sampaikan bekalan disitu.  Hujan masih belum berhenti sekitar 1 pagi disitu.

Persiapan Kahwin Tidak Dapat Diselamatkan

Untuk maklumkan anda semua, Kakak Ipar nak buat kenduri pernikahan anak sulungnya pada jumaat dan Sabtu 24-25 Disember minggu nih.  Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan... sesungguhnya Perancangan Allah lebih baik.  Keluarga Kakak ipar redha atas semua yang terjadi.  Habis semua barang persiapan untuk kenduri.

Update terkini, 

Ahad pagi, air di jalan raya sudah surut, Rumah masih belum boleh di masuki... kerana paras air masih tinggi.

Moga hujan berhenti dan air surut dengan cepat.  Bonde dan keluarga risau anda semua mohon doakan Kakak Ipar saya dipermudahkan urusan mereka, diberikan kesihatan yang baik untuk menghadapi hari-hari yang mendatang... Kenduri tu belum diputuskan nak diteruskan atau ditangguhkan.  Maklumlah sebelum ni sudah buat temu janji dengan Pejabat Agama.  Jadi kena take turn part nikah... Apa-apa nanti Bonde update yea...

Bantuan Bencana Banjir 19 Disember 2021






Doa juga dikirimkan untuk semua mangsa banjir di Sepang dan di Negeri Selangor serta negeri-negeri lain yang ditimpa musibah bencana banjir.  Moga hujan berhenti dan air cepat surut.

Doa Buat Mangsa Banjir



Aamiin Ya Rabbal Alamin

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan