Roti Gardenia Naik Harga Mulai 1 Disember 2021



Assalamualaikum dan Selamat malam, Hai Pembaca semua... Dua hari nih , Bonde dihantui dengan harga barang yang dah naik, sebelum nih sayur-sayuran naik harga, lepas tu lori pula naik harga... Semua dah naik harga ni kenapa? Bonde yang bekerja ni pun bimbang dengan harga barang naik sebab nak kata gaji naik tu memang taklah... kadar bayaran tetap sama buat masa nih! 

Roti Gardenia Naik Harga Mulai 1 Disember 2021



Roti gardenia nih memang kegemaran kami sekeluarga.  Tak kiralah roti classic, Delica atau Toast'em, memang setiap minggu akan beli sebagai sarapan dan bekalan ke pejabat selalu buat sandwich, roti sardin atau selalu juga  buat cicah dengan baki kuah masak lemak cili api atau asam pedas. (memang kesukaan Bonde)

Kalau travel dengan family kami akan beli untuk alas perut makan dalam kereta atau sebagai bekalan buat makan sambil coffee-coffee dekat tempat nak stay nanti.

Bonde rasa sedih jugalah sebab roti kegemaran Bonde naik harga, tapi apa kan daya tak rajin nak meroti sendiri buat masa sekarang masa tak mencukupi untuk buat sendiri.  Buat masa sekarang pilihan Bonde adalah beli... lebih mudah janji jangan membazir terbuang begitu sahaja.


Harga Roti Gardenia Yang Baru mulai 1 Disember 2021











Sekian info buat kali ini... moga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan pada yang lain... 
Tips: kalau beli roti pastikan tarkh luputnya lama yang lebih kurang satu minggu.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Makin hari harga barangan makin naik...diornag x kisah sebab roti adalah keperluan kan...kalau naik pun orang tetap akan beli...

    BalasPadam
  2. roti pandan tu sempatlah beli beberapa kali selain roti chicken floss, menuju disember semuanya naik harga.. berfikir juga disitu

    BalasPadam
  3. makin mahal la pulak, sama macam harga sepinggan nasik

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.