Redcool Energy Siri Minuman Edisi Terhad Terbaharu Hasil Kerjasama Coolblog dan Red Bull Kini Di Pasaran!
Smoothie buah-buahan penuh tenaga pertama Coolblog x Red Bull Plus pilihan terbaik untuk mendorong anda melangkah lebih jauh
Berita
baik untuk CooLovers yang mengamalkan gaya hidup aktif dan menginginkan minuman
tenaga dengan kelainan tersendiri untuk mengharungi rutin harian. Coolblog
tampil bekerjasama dengan Red Bull melalui varian Red Bull Plus mereka untuk menghasilkan
Siri Redcool Energy terbarunya yang memberikan pengalaman minuman unik dengan
gabungan tenaga dan pencuci mulut dalam satu minuman.
Pelanggan akan berpeluang menikmati rasa buah kiwi yang
menyegarkan dan menghilangkan dahaga dengan Energy Xtra Kiwi atau campuran
buah beri yang melazatkan dengan Berry Explosion. Pertama seumpamanya,
gabungan kedua-dua jenis minuman ini bukan sahaja mempunyai kelebihan Vitamin C
daripada jus buah-buahan tetapi juga Vitamin B3, B5 dan B12 serta ekstrak
Guarana semulajadi tanpa gula daripada Red Bull Plus.
“Coolblog sentiasa berusaha untuk menggembirakan pelanggan kami dengan cetusan pelbagai rasa baharu yang inovatif dan kreatif, dan kami percaya smoothie buah-buahan edisi terhad yang menggunakan Red Bull Plus dan perisa kiwi dan buah beri berkualiti iaitu Siri Redcool Energy akan memenuhi citarasa pelanggan yang mencari minuman berperisa yang baharu dan menyegarkan,” kata Win Zaidi Zakaria, Ketua Komunikasi Korporat dan Perhubungan, Coolblog Dessert Sdn Bhd.
“Redcool Energy adalah minuman yang sempurna memandangkan kita telah mula kembali ke pejabat dengan waktu rehat yang terhad serta sibuk menguruskan anak-anak kembali ke sekolah atau terperangkap dalam kesesakan. Kami pastinya berharap pelanggan akan menikmati kebaikan menyegarkan dalam setiap tegukan yang akan mengekalkan tenaga anda untuk bertahan sepanjang hari menerusi tawaran baharu kami,” tambah Win Zaidi.
Siri Redcool Energy dijual pada harga RM 8.80 setiap satu
dengan harga Power Combo istimewa iaitu RM 15.00 untuk dua (2) cawan minuman
700ml. Sempena kempen edisi terhad ini, pelanggan akan mendapat satu (1) tin
Red Bull Plus secara percuma dengan setiap pembelian Siri Redcool di cawangan
Coolblog yang mengambil bahagian di seluruh negara.
Coolblog dikenali ramai dalam penghasilan pelbagai pencuci mulut dan minuman inovatif berinspirasikan citarasa tempatan dan antarabangsa untuk pelanggan. Pada Hari Malaysia baru-baru ini, Coolblog memperkenalkan Smoothie berperisa Durian dan Cendol dan pada bulan Ramadhan, Coolblog bekerjasama dengan FarmFresh untuk pengeluaran Smoothie Kathira dan Susu Kurma.
Untuk meraikan lagi kolaborasi edisi terhad ini, Coolblog menganjurkan aktiviti jelajahraya di sembilan (9) cawangan Coolblog terpilih di seluruh negara seperti yang disenaraikan di bawah. Layari laman sosial @CoolblogMalaysia di Facebook dan Instagram untuk pengumuman dan maklumat lain.
No. |
Tarikh |
Masa |
Lokasi |
1. |
5
November 2021 |
2:30pm –
6:00pm |
Caltex
Puchong, Selangor |
2. |
6 November 2021 |
11:30am – 3:00pm |
Selayang Mall,
Selangor |
3. |
10 November 2021 |
11:30am – 3:00pm |
Gelang Patah, Johor |
4. |
11
November 2021 |
11:30am –
3:00pm |
Maslee
Kota Masai, Johor |
5. |
12 November
2021 |
2:30pm – 6:00pm |
BHP Parit Sulong,
Johor |
6. |
13 November
2021 |
11:30am – 3:00pm |
Sogo Kuala Lumpur |
7. |
20 November
2021 |
11:30am – 3:00pm |
Ampang Point, Kedah |
8. |
20 November
2021 |
11:30am –
3:00pm |
Angsana
Johor Bahru |
9. |
21 November
2021 |
2:30pm – 6:00pm |
BHP MRR2, Kuala
Lumpur |
Mengenai Coolblog Desserts Sdn Bhd
Coolblog adalah jenama minuman pencuci mulut halal berasaskan kios buatan tempatan di Malaysia yang menyajikan minuman terbaik, berkualiti tinggi dan berpatutan sejak 15 tahun yang lalu. Kami juga menawarkan sokongan bagi usahawan untuk memulakan dan mengendalikan francais Coolblog dan menjadi sebahagian daripada jenama perintis Malaysia yang disokong dengan kepakaran dan pengalaman bertahun-tahun dalam industri.
Jangan tangguh-tangguh lagi dapatkan sekarang dua perisa baharu di Coolblog berhampiran anda.
~ Bonde Senyum Riang ~
4 Ulasan
Kena cari dua perisa baharu ni.
BalasPadamTerasa-rasa nyaman melintas di tekak!
ada free tu yg best hehe
BalasPadamAlaaa...kenapa yang manis2 jer yang ada promo menarik...hehehehe
BalasPadamwow macam mana la rasa air redcool ye
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.