Kek Coklat Lava Kesukaan Suami



Resepi Kek  Coklat Lava yang menjadi kesukaan suami dekat Dominos Pizza.  Kek Coklat Lava ni memang kesukaan suami selalunya kalau beli dekat Dominos tu memang berebut kami makan, Nak-nak suami akan panaskan dalam microvave terlebih dahulu... dan coklat dalam tu memang akan panas dan meleleh bila dipotong hah tu tips nak makan Kek Coklat Lava ni kalau tapau bawak balik ke rumah, kena panaskan dulu.. 

Kek Coklat Lava Kesukaan Suami


Makan panas-panas ya ampun sedap giler tau!  Resepi ni Bonde jumpa di group telegram, Kalau anda berminat nak cuba dan buat sendiri sila salin dan kongsikan resepi yea.



Resepi Kek Coklat Lava



Resepi Kek Coklat Lava


Bahan-bahan:

5 sudu besar butter
100gm coklat gelap (satu bar coklat standard)
2 biji telur saiz besar
1 kuning telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko
1 secubit garam
4 paper cup atau 4 ramekins – disapu butter


Cara Membuatnya

Panaskan oven – 200 degree (atas bawah) 180degree (hot air/udara panas)

Cairkan mentega dan coklat bersama-sama secara “double boiler” , atau di dalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.

Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar tiga minit sehingga gula larut.

Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko, dan garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar yg tebal yg telah disapu dgn butter.

Kalau boleh sejukkan adunan dalam freezer. Kalau tak nak boleh terus masuk dalam oven.

Untuk mendapatkan lava yang memang lava, bakar lebih kurang 13 minit sahaja.

Jemputlah join telegram @ResepiDuniaMasakan

kalau dah buat Nanti anda jangan lupa kongsikan menjadi ke tidak yea...

Selamat Mencuba !

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Ammi pun suka kek lava from domino's ni..

    Baca bahan semua ada.. Tinggal jadi atau tidak je ni

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.