Assalamaualaikum dan Selamat Petang... Hai Pembaca Semua... Sebelum ni Bonde ada update tentang Centrum M Brincang Cameron Highlands tapi masa Bonde ke Cameron Highlands tak sempat singgah Flora Park ni tau... tapi tak apa akan datang Bonde nak pergi juga. Jadi Bonde kongsikan apa yang menarik dekat situ tentang :
Flora Park Cameron Highlands Jadi Viral Bila Dah Boleh Merentas Negeri
Flora Park Cameron Highlands
Flora Park Cameron Highlands ini adalah taman bunga terbesar di Cameron Highlands, Flora Park Cameron Highlands menjadi viral kerana spot bergambar yang sangat cantik seperti di Korea. Ramai yang dah kesana untuk bergambar dan mengambil video.
Untuk masuk Flora Park Cameron Highlands ada limit masa yang diperuntukkan untuk anda. Anda akan diberikan dua pilihan waktu, masa selama dua jam untuk mengambil gambar dan video di Flora Park Cameron Highlands
Waktu Masuk Flora Park Cameron Highlands :
1. 10am hingga 12pm
2. 2pm hingga 4pm
Untuk Masuk Ke Flora Park Cameron Highlands Ada Tiga Pakej Yang Ditawarkan.. iaitu Sweet And Simple Picnic, Family Garden Picnic dan Dream Dexule Picnic.
1. SWEET AND SIMPLE PICNIC
Harga : RM288 untuk 2 org dewasa
2. FAMILY GARDEN PICNIC
Harga : RM238 untuk seorang dewasa dan seorang kanak-kanak yang berumur 4 hingga 12 tahun.
3. DREAM LUXURY GARDEN
Kesemua tiga pakej diatas siap dengan menu makan-makan tau, time picnic tu anda dihidangkan snack dan pastry, jadi kalau ada perancangan nak datang sini anda tak perlu kenyangkan perut yea. Nikmati sahaja pakej yang ada tu.
Menarikkan pemandangan di Flora Park Cameron Highlands nih, nak ambik gambar pun tak bersesak sangat sebab untuk satu-satu masa hanya lima group sahaja dibenarkan masuk jadi selesalah nak bergambar tidak menunggu lama dekat spot-spot yang cantik tu... Boleh ambil gambar sampai puas hati (jangan berebut yea, kena sabar... nanti mood bertukar jadi lain pula)
Flora Park Cameron Highlands sesuailah untuk anda nak ambik gambar free wedding, celebrate anniversary, celebrate birthday dan sebagainya.
Insya'Allah Disember nanti kalau panjang umur selalunya Bonde akan bercuti di Cameron Highlands, bolehlah singgah dan bergambar di sini pula bersama family.
Untuk tempahan tiga pakej diatas anda boleh klik link dibawah : https://cameronfloragarden.rezio.shop/
Update berkaitan Flora Park Cameron Highlands boleh lihat di Instagram : ch_flora_park
Selamat bercuti kepada anda dan family... sila kongsikan info ini andai menarik.
~ Bonde Senyum Riang ~
11 Ulasan
cantik tempatnyaa. tapi nak masuk sini mmg kena ready duit laa.
BalasPadambestnya berpicnic di celahan bunga2 segar
BalasPadammenarik sangat. patut lah viral :D
BalasPadamWow this Flora Park Cameron Highlands is really beautiful, i also want to go there.
BalasPadamserius ada tpt cm nie.. kne book dulu yer bonde.. thanks sharing..
BalasPadamAda bayaran masuk sini...tapi cantik tempat macam ni sanggup je orang bayar
BalasPadamCantiknyaa tempat tu, teringin pulak nak pergi. hehehe
BalasPadamDapatkan flavour tempatan di Suci Harum.
cantik la tempat nie
BalasPadamBestnya cuma kena spend duit sikit. Tapi ini lebih privillege kan sebab kalau xde buat bayaran macam ni confirm ramai sangat
BalasPadamCantiknya view flora psrk nti kak pun nak pg cameron highland
BalasPadamCantiknya munge-munge... meriah. Rasa sedap makanan tu bila makan dikelilingi munge-munge cantik nih.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.