Assalamualaikum dan Selamat Pagi Pembaca semua... Bonde nak kongsikan berkaitan :
Diffenz Junior Beri Nutrisi Tambahan Untuk Tumbesaran Kanak-Kanak
Trend masalah tumbesaran dan obesiti melibatkan kanak-kanak di Malaysia hari ini sangat membimbangkan. Kanak-kanak berlebihan berat badan dan obesiti berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik berkaitan pemakanan seperti penyakit jantung dan diabetes melitus yang lazimnya akan berterusan sehingga alam dewasa.
Sementara itu, kanak-kanak terbantut pula sering kali mengalami kesan jangka panjang yang memudaratkan seperti daya kognitif dan perkembangan fizikal yang kurang baik yang menyumbang kepada keupayaan produktiviti dan tahap kesihatan rendah di alam dewasa. Maka, adalah amat penting bagi ibu bapa memastikan bahawa anak mereka mendapat pemakanan yang betul bagi tumbesaran dan perkembangan optimum.
Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid
Fasa kanak-kanak amat penting dan perlu diberi perhatian khusus oleh ibu bapa. Ini kerana apa saja yang diserap dan berlaku di sekeliling kita akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang. Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam zaman kanak-kanak adalah tumbesaran dan perkembangan mereka.
Di luar pengetahuan sebilangan kita, kadar
kebantutan dalam kalangan kanak-kanak negara ini berada pada 20.7 peratus iaitu
lebih tinggi daripada kadar 7.4 peratus di Tebing Barat dan Gaza yang
dibelenggu konflik keganasan.
Kanak-kanak di Malaysia juga berhadapan dengan peningkatan
risiko obesiti akibat kurang aktif dan pengambilan makanan yang tidak sihat di
rumah akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara. Tiada lagi keterujaan dan
kebebasan bermain, berlari dan bergerak aktif bersama kawan-kawan demi memenuhi
tuntutan norma baharu.
Keadaan ini menyebabkan daya ketahanan tubuh dan
tumbesaran mereka terganggu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
masalah kebantutan bukan semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia
juga satu petanda kesihatan berpunca daripada malnutrisi (kekurangan nutrisi),
jangkitan berulang kali dan kurang stimulasi psikososial.
Dalam jangka masa pendek, kebantutan boleh
meningkatkan risiko kematian dan morbiditi (berpenyakit). Daya pertahanan tubuh
yang kuat juga sangat penting dan salah satu caranya adalah dengan memastikan
kita mendapat sumber vitamin dan mineral yang lengkap.
Apabila merancang hidangan untuk anak anda, ingat 3 petua asas berikut.
Seimbang: Diet seimbang bermaksud memasukkan kesemua
kumpulan makanan daripada Piramid Makanan Malaysia ke dalam setiap hidangan
harian. Makan lebih makanan daripada aras bawah dan kurang daripada aras yang
lebih tinggi.
Sederhana: Terlalu banyak atau terlalu sedikit adalah
tidak sihat, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan makanan dan nutrien. Adalah
penting untuk mengambil jumlah yang betul mengikut saiz sajian yang disarankan
bagi setiap kumpulan makanan.
Pelbagai: Mengambil pelbagai makanan membekalkan kita
dengan kesemua nutrien yang diperlukan dan pada masa yang sama meningkatkan
kualiti diet dan menjadikannya lebih menarik!
Vitamin ditemui dalam kebanyakan makanan yang
diambil setiap hari. Jadi, amat penting untuk ibu bapa menggalakkan makan
sayur-sayuran hijau, dan buah-buahan dalam diet bayi mereka.
Pun begitu, agak sukar untuk tubuh mendapatkan
keperluan mikronutrien, disebabkan kualiti makanan berkurangan kerana proses
penanaman (racun perosak, baja), pembungkusan, pengangkutan, simpanan atau
pencucian berlebihan, masakan.
Ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar
mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang
pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing yang
mahal apabila ia dikumuhkan.
Namun begitu, pendapat ini mungkin benar jika
dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan yang
sihat; makanan yang diambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa
seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripada
sayuran dan buahan; usia yang masih muda di mana semua fungsi sistem dan organ
badan masih tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela termasuk penghasilan antioksidan semulajadi
yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat
yang optima tanpa stres.
Semua itu sebenarnya agak sukar untuk
direalisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya di zaman moden ini yang
terlalu banyak pendedahan diri terhadap makanan terproses (junkfood),
pencemaran yang berleluasa, stres
kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang
sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.
Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu.
Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para
pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi
murah. Cuba bayangkan jika anda mengambil 6 jenis suplemen, pasti harganya akan
mencecah RM400 dan ke atas, tetapi Eskayvie Diffenz Junior menyediakan anda
pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol.
Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Multivitamin
Dan Mineral
Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), didapati bahawa secara purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari. Ini kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013).
Terdapat jurang yang jelas antara jumlah yang
anak-anak kita makan dan jumlah yang mereka perlukan. Justeru, pengambilan
multivitamin dan mineral yang terdiri daripada vitamin A, vitamin B1, vitamin
B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12,
vitamin D3, kalsium, iodine, zat besi, magnesium, fosforus, selenium dan zink
sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran
terutamanya bagi kanak-kanak yang ‘picky eater’.
Kolostrum
Anak-anak dilahirkan dengan daya tahan yang
rendah kerana sistem imun masih belum berkembang. Setiap kali jatuh sakit,
badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih efektif untuk
menguatkan sistem imun dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan
kolostrum.
Kolostrum atau turut dikenali sebagai cecair
emas dikaji dapat meningkatkan sistem imun dan menyokong tumbesaran sihat di
kalangan kanak-kanak. Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu,
sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan
anak. Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor
Pertumbuhan (Growth Factor).
Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah
sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin
adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia.
Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan
meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. Para saintis sudah
membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria,
terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus kanak-kanak.
Vitamin C dan vitamin D
Kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang
terdedah kepada risiko tidak cukup Vitamin C disebabkan keperluan yang semakin
meningkat dan pengambilan yang lebih kurang daripada yang sepatutnya. Kajian di
Perancis pula mendapati kira-kira separuh daripada kanak-kanak berumur tujuh
hingga 19 tahun mempunyai kadar pengambilan vitamin C di bawah purata jangkaan
keperluan.
Vitamin C memberi kesan kepada pelbagai komponen
maklum balas daya tahan badan dan ia mempunyai khasiat anti-viral. Dengan
meningkatkan pengambilan vitamin C, ini boleh memberi manfaat kepada golongan
berisiko terdedah kepada jangkitan. Walaupun vitamin C mudah didapati kerana
terdapat dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran semula jadi,
khasiat vitamin C ini boleh berkurangan apabila dimasak ataupun disimpan
terlalu lama.
Bukan hanya itu, vitamin D juga penting untuk
tumbesaran anak-anak. Vitamin D penting untuk fungsi tulang, kalsium dan
metabolisma badan. Apabila anda mendapat kalsium yang cukup, anda juga mendapat
vitamin D yang cukup. Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan sumber vitamin
D kerana kita hanya perlu mendedahkan diri kepada sinaran matahari pada waktu
pagi. Bagaimanapun, vitamin D tidak semudah yang disangkakan kerana
kebiasaannya kanak-kanak sudah bersiap untuk ke sekolah pada jam enam pagi dan
mereka bertolak ke sekolah sebelum matahari memancarkan sinar.
Cendawan Susu Harimau
Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin
mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang
boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk
kronik, asma, resdung, demam dan selesema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh
di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai
keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar.
Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai
kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya
payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan
hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab
dan sejuk.
Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi,
penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk
memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan
Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi
berbanding yang tumbuh meliar.
Ibu bapa memainkan peranan penting sebagai
teladan kepada anak mereka. Oleh demikian, mereka sendiri harus mengamalkan
tabiat pemakanan secara sihat dan kekal aktif. Luangkan lebih banyak masa
bersama anak-anak untuk melakukan aktiviti gaya hidup sihat seperti menyediakan
hidangan sihat atau bersenam bersama-sama untuk menyemai amalan gaya hidup
sihat dalam keluarga.
Amalan pemakanan yang betul dan gaya hidup sihat
sejak kecil serta ditambah dengan pengambilan nutrisi tambahan dengan Eskayvie
Diffenz Junior dapat membantu menyokong tumbesaran dan perkembangan optimum
kanak-kanak supaya mereka membesar menjadi dewasa yang sihat di masa akan
datang.
Untuk maklumat lanjut berkaitan Diffenz Junior
ni anda boleh layari laman web dan media sosial Eskayvie di bawah.
Website: https://diffenzjunior.com
18 Ulasan
menarik produk nya ^_^
BalasPadamBagus ada produk macam nie untuk anak-anak kan Bonde. Tambah dalam keadaan macam sekarang nie..
BalasPadamMenarik ni Bonde sebab dalam satu produk ada pelbagai vitamin. Bolehlah dicuba untuk anak. Tq infonya ya.
BalasPadamkawal pemakanan dan gaya hidup sihat akan memastikan kesihatan berada tip top
BalasPadamGood sharing bonde. Bagus ni untuk anak-anak amalkan.
BalasPadamingat nak try beli untuk anak kita lah..sebab diorang ni makan macam-macam kan..Risau jugak kekurangan itu ini dalam badan.thanks sharing bonda
BalasPadamWahh Diffenz dah ada produk untuk anak-anak juga. Ingatkan untuk dewasa je.
BalasPadamKanak-kanak sekarang memang perlukan makanan tambahan. Tinggal nak pilih yang terbaik je.
BalasPadamcendawan susu harimau tu banyak kebaikannya kan bonde
BalasPadamPemakanan seimbang dan gaya hidup sihat sangat penting untuk kanak-kanak, barulah dapat membesar dengan sihat.
BalasPadamsekarang banyak mkanan yang tidak seimbang ada di pasaran.. jadi dengan ambil supplement ini hrp dpt membantu seimbangkan semula.. lagi2 masalah bantut tu
BalasPadamAnak anak Marina pon makan diffenz junior ni. Marina siap daftar agen lagi. Hehe
BalasPadamMarsha pun nak cuba untuk anak marsha. Berminat dengan khasiat cendawan susu harimau tu
BalasPadambagusnya produk ni, tq for sharing bonde
BalasPadamRamai yang review best diffenz junior ni.. memang ingat nak bagi anak try juga...
BalasPadamBgusnya da ada for kiddos…nnt boleh belikan dlt anak2 ni..tq bonde for ur sharing😂
BalasPadamDalam keadaan sekarang memang elok sangat bagi anak anak vitamin untuk kuatkan sistem imunisasi anak anak
BalasPadamAlhamdulillah perkongsian yg bermanfaat. Betul anak saya pun dah amalkan Diffenz Junior ni mmg bagus utk kesihatannya. Siapa yg ada anak picker eater, tak mkn sayur dan buah eloklah amalkan diffenz ni byk khasiat dlm 1 tablet :) jemputlah ke blog saya bonde https://kaklinpenjemputrezeki.blogspot.com/
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.