Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Semua... Khamis lepas Bonde ke Cameron Highland urusan kerja... on the way site Rumah Peranginan MPSepang di Cameron Highland bersama Jabatan Teknikal untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan sebelum beroperasi semula November nanti. Bonde sebenarnya follow Kak Anum selaku pegawai yang membuat pemeriksaan dekat site sana. Lama tak ke Cameron Highland kan? Alhamdulillah lepas dapat kebenaran merentas Negeri. Rumah Peranginan MPSepang akan beroperasi semula. Sebelum tu kena semak sebarang kerosakan yang ada. Bonde naik kenderaan berdua dengan Kak Anum ke Cameron Highland jadi kami gerak awal dari BBST jam 8.00 pagi, singgah sarapan di Dengkil (makan nasi lemak telur goyang) lama tak makan sini... PKP kan!... lepas tu singgah pejabat Cyberjaya sekejap ambil barang.. dan sampai di Cameron jam 12.00 tengahari.
Singgah Tempat Viral Centrum M Cameron Highland
Centrum M terletak di Pekan Brinchang, Cameron Highland projek under LBS Property dan kalau anda nak tahu Rumah Peranginan MPSepang juga terletak di Brinchang, iaitu Golden Hills, ianya juga projek LBS Property juga berdekatkan tapak pasar malam Brinchang.
Baiklah cerita pasal Centrum M nih... Ada apa dekat situ???
Pasaraya Billion
Centrum M ini baru sahaja dibuka 25 September 2021 Pasaraya Billion terletak diaras bawah.. Kalau anda nak ke Cameron Highland lepas nih tak perlu bawa seafood dari bawah tau.. dekat pasaraya Billion nih dah ada fresh Market, ada banyak makanan segar ayam, ikan, daging, seafood semua ada tau, buah-buahan, sayur-sayuran semua ada.. selalunya kalau naik cameron Bonde akan bawa makanan sejuk beku dari bawah.. lepas nih tak payah bawa dah semua lengkap dah ada dekat Pasaraya Billion nih.. harga pun sama sahaja buat masa nih tak tahulah akan datang, sebab baru dibukakan mesti ada promosi...
Restoran MarryBrown
Dekat aras yang sama bersebelah pasaraya Billion ada Restoran MarryBrown, fav Bonde Bubur Pedas, Kalau nak makan bubur pedas tu bolehlah tapau dekat sini nanti.
FamilyMart Cameron Centrum
Di bahagian atas belah luar terdapat FamilyMart.. Anda kena tahu, FamilyMartnya sign board dekat Cameron lain dari yang lain ia berwarna hitam bukan warna hijau macam dekat bawah yea... Bonde sendiri pun tak tahu kenapa ia berwarna Hitam. ( kalau anda tahu komen dekat bawah yea)
Guardian Farmasi
Kalau anda nak ke Farmasi beli ubat-ubatab bolehlah ke Guardian farmasi tak silap Bonde ianya berada sama aras dengan Pasaraya Billion
Tempat Viral Dekat Tiktok
Tempat viral ni Bonde nampak dekat Tiktok ada warga Cameron yang update... ada tempat bergambar di ruang atas... sempatlah Bonde bergambar dekat situ ada jam besar, kereta antik dan bas antik ni sebenarnya untuk disewa kalau ada yang nak sewa dia ala-ala food truck macam tu... ianya boleh disewa kalau nak buat jualan.. tapi masa datang nih masih kosong lagi.
Hotel Flora
Hotel flora ni terletak di sebelah bangunan Centrum M. Kalau anda datang Cameron bolehlah stay sini. lawa bangunannya... lagi pun baru mesti ramai yang teruja nak stay dekat sini
Hotel Flora sebelah bagunan Centum M |
Baiklah nanti Bonde sambung cerita tentang site visit Rumah Peranginan MPSepang yea.... jumpa di next Entri... Moga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk anda semua InsyaAllah.
~ Bonde Senyum Riang ~
4 Ulasan
wah.. laju buat entri... jem tak masa pi cameron tuuuu
BalasPadamWow. Menarik juga konsep Centrum M Cameron ni. Tak sabar nak spot on lokasi menarik di Cameron Highland.
BalasPadamMacam menarik ya tempat ini. Terima kasih kongsikan! :D
BalasPadamDapatkan flavour tempatan di Suci Harum.
Wow, destinasi di Cameron Highland memang sentiasa menarik perhatian! Terutama yang menjadi viral seperti Centrum M, yang pastinya wajib dikunjungi oleh semua orang. Saya sudah lama ingin melancong ke Cameron Highland, dan artikel ini memberikan gambaran yang menarik tentang keunikan tempat tersebut. Terima kasih banyak
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.