Permohonan Dalam Talian-Pembaharuan Pasport (MyOnline Passport)



Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua... Disebabkan Pendemik Covid 19 kita tak bercuti kemana-mana hingga tak perasan pasport antarabangsa atau lebih popular dengan gelaran buku merah telah tamat tempoh.  Memandangkan sekarang sudah boleh bercuti keluar negara dengan syarat mengikut SOP yang dibenarkan.  Untuk Info anda semua.. Pasport tersebut boleh diperbaharui melalui online.

Permohonan Dalam Talian-Pembaharuan Pasport (MyOnline Passport)




PERMOHONAN ATAS TALIAN-PEMBAHARUAN PASPORT (MyONLINE PASSPORT)


1. Pengenalan

MyONLINE*PASPORT adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet.

Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).


2. Tempoh Pengeluaran Pasport

  • Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan   ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.


3. Waktu serahan

  • Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada   jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.


4. Spesifikasi Foto Pasport

  • Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  • Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
  • Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional. Gambar polaroid tidak dibenarkan.
  • Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses terlebih dahulu dan akan menyebabkan kelewatan semasa pengambilan/serahan passport.


5. Terma & Syarat

  • Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
  • Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150).
  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
  • Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu.
  • Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX).  Kadar bayaran adalah seperti beriku
    •  Permohonan Biasa 13 - 59 tahun : RM 200
    •  Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100
  • Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
  • Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
  • Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja
  • Buku Pasport mestilah di dalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
  • Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah mengikut undang-undang di luar negara adalah tidak layak untuk menggunakan kemudahan permohonan pasport atas talian (MyOnline).


6. Keperluan Tambahan

  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.
  • Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan.


7. Pemberitahuan

  • Sekiranya terdapat masalah untuk melaksanakan pembayaran anda perlu membuat semakan dengan bank kerana proses pembayaran adalah urusan pihak bank.
  • Sekiranya terdapat masalah gambar yang telah di muat naik, anda boleh datang ke pejabat JIM untuk mengambil gambar semula di Pejabat Pemungut.
  • Sekiranya permohonan di dapati keluar mesej 'Sila Rujuk Pejabat Imigresen', bermaksud permohonan anda tidak boleh dilaksanakan secara online disebabkan oleh :-
  • Cap jari anda yang tersimpan telah rosak/tiada dan perlu dilakukan pengambilan semula supaya tidak akan ada masalah nanti semasa penggunaan cap jari di pintu masuk/keluar.
  • Anda tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang telah dimaklumkan dalam laman web 'MyOnline*Pasport'.
  • Maklumat yang dimasukan tidak tepat/bercanggah dalam sistem.

Sila layari Portal Rasmi  Jabatan Imigresen Malaysia untuk maklumat lanjut.

Sumber : www.malaysia.gov.my


Klik sini untuk memperbaharui pasport anda :

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.