BiO-LiFE Nat B Fizzy Supplement Terbaik Untuk Badan



Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Hai Pembaca Semua, Musim Pandemik Covid 19 ni belum berakhir lagi.. Walau KL, Putrajaya dan Selangor telah masa Fasa 3 kite semua tak boleh nak rasa gembira dan lupakan SOP.  SOP kena terus di patuhi.. Rasanya lebih baik dikekalkan buat masa sekarang kerana Corona Virus ni tak boleh nampak dengan mata kasar.  Jadi kita perlulah teruskan pemakaian mask , hand sanitizer dan pengambilan supplement.


BiO-LiFE Nat B Fizzy Supplement Terbaik Untuk Badan 

Nat B Fizzy mengandungi dos tinggi vitamin B dan C yang menyokong keperluan nutrien seharian dalam bentuk effervescent.

7 Tabiat Baik Yang Boleh Diamalkan

1) Tidur Awal dan Mencukupi

Tidur Yang Berkualiti : menyedari kepentingan tidur semalaman yang baik dan selalu tidur untuk jumlah masa yang disyorkan, Kalau Bonde bangun pagi rasa penat dan letih itu tanda Bonde tak cukup tidur ini mungkin bermaksud Bonde tidak mendapat tidur yang berkualiti atau tidak tidur dengan betul. 

Berikut adalah tips/panduan yang boleh memperbaiki tidur malam anda Adakah anda berasa tidak cukup segar dan cerdas apabila anda bangun tidur pada waktu pagi, dan berasa letih sepanjang hari? Atau, adakah anda sering berasa mengantuk semasa anda tidak membuat apa-apa? Jika jawapan anda adalah ya, ia mungkin bermaksud anda tidak cukup tidur.

Jumlah jam tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada kumpulan umur. Secara am, ia disyorkan orang dewasa (termasuk orang tua) mendapatkan 7–8 jam tidur setiap malam.1 Namun demikian, satu kajian menunjukkan bahawa kebanyakan dewasa di Malaysia hanya mendapat 6.4 jam tidur secara purata


Tidur yang berkualiti akan membantu kita menjalani hari esok yang berkualiti. Kita akan dapat bekerja dengan lebih bertenaga dan bersemangat!


2) Pengambilan Sarapan Pagi Yang Sihat


Pada masa sekarang Bonde elakkan sarapan lambat seperti sebelum ni di pejabat, Bonde akan semak jadual dan kerja-kerja terlebih dahulu membuatkan sarapan pagi Bonde jadi lewat! Jadi sekarang ni Bonde tukar dengan mengambil sarapan.

SARAPAN cukup penting bagi memastikan kita dapat memulakan hari yang sibuk dengan bertenaga.

Gabungan karbohidrat, protein dan lemak ketika makan pagi dapat membantu menambahkan tenaga namun ramai yang mengambil sikap sambil lewa mengenainya.

Waktu makan yang terbaik adalah;

Sarapan: 6 pagi hingga 10 pagi

Snek: 2 hingga 4 jam selepas sarapan

Makan Tengah Hari: Sebelum pukul 3 petang

Snek: 2 hingga 4 jam selepas makan tengah hari

Makan Malam: 6 petang hingga 8 malam

3) Mulakan Dengan Membaca Surat Khabar, Buku Ilmiah dan Novel


Runtin setiap hari Bonde akan membaca suapan berita terkini di surat khabar ini adalah untuk perkembangan minda dan pengetahuan mengenai isu semasa, Buku Ilmiah dan Novel memang setiasa Bonde usung kemana-mana.. ada masa pasti Bonde akan penuhi dengan membacanya.

4) Berbasikal dan Berkebun 


Berbasikal

Hobi Berbasikal mula sejak dua tahun lepas.. Disebabkan ada masalah pada kaki doktor bagi tahu hanya aktiviti berbasikal dan berrenang sahaja yang boleh Bonde lakukan buat masa sekarang untuk elakkan kaki dari terima bebanan dan jadi sakit. Bonde mempunyai dua basikal dirumah satu didalam rumah iaitu basikal senaman dan satu untuk diluar rumah folding basikal berbasikal ni memang bagus kerana ianya boleh mengeluarkan peluh. 

Berkebun 

BDR dirumah pada musim pandemik ni banyaklah masa Bonde buat seperti aktiviti berkebun Bonde hias balkoni kecik Bonde dengan pelbagai jenis tanaman keladi yang mudah di jaga yang tak perlukan perhatian setiap hari.  Manakala di hadapan rumah Bonde tanam pokok-pokok herba untuk kegunaan memasak

5) Mengamalkan Diet Pemakanan Yang Sihat


Sekarang Bonde memang mengurangkan pengambilan makanan yang manis dan masin.  Disebab penyakit dua serangkai ini, Bonde memang takut dan bimbang kalau boleh nak elakkan dari penyakit ini terkena pada diri Bonde.  Jadi bab makan ni Bonde memang sangat berhati-hati dalam pengambilan harian Bonde.

Bonde mengamalkan diet suku-suku.

6) Aktiviti Mengemas Rumah Dan Membersihkan Sangkar Kucing


Mengemas Rumah

BDR ni memang sangat bagus buat kita bosan jer kalau tak buat apa-apa, jadinya Kalau turn Bonde BDR keesokkan harinya, Bonde akan plan nak kemas rumah dari ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan juga dapur Bonde akan bahagikan masa untuk kemas semua bahagian-bahagian yang ada. 

Sangkar Kucing

Disebabkan ada bela lima ekor kucing, Untuk pastikan Kucing selesa,  Bonde akan basuh semua sangkar masa Bonde BDR.  Biasanya kucing Bonde akan dibersihkan secara bergilir dengan suami dan anak.

7) Membuat Senarai Perancangan Untuk Hari Esok

To-do-list

Bonde memang akan tulis note untuk kerja-kerja yang belum diselesaikan,  Selalunya Bonde tulis secara ringkat sahaja. Dengan cara ini Bonde dapat ingat dan semak apa-apa kerja yang belum diselesaikan dan yang telah diselesaikan. 

Cara ini dapat membantu dan merancang kerja pada hari esok lebih tersusun dan terancang.

Siapa Yang Wajib Cuba BiO-LiFE Nat B Fizzy? 


1. Pelajar yang aktif (15 tahun ke atas)


2. Golongan muda

3. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan tertekan


4. Mereka yang ingin kekal fokus pada pekerjaan 


5. Mereka yang memerlukan perangsang tenaga seperti kafein dan minuman tenaga untuk kekal fokus dan bertenaga


6. Mereka yang sering memandu untuk perjalanan jauh seperti para pemandu bas dan lori


7. Mereka yang berkerja sehingga lewat malam




Setiap Table Nat B Fizzy Mengandungi

  • Thiamine 15mg
  • Riboflavin 15mg
  • Nicotinamide 50mg
  • Pantothetic acid 23mg
  • Pyridoxine 10mg
  • Biotin 0.15mg
  • Cyanocobalamin 0.01mg
  • Ascorbic acid 1000mg
  • Calcium 100mg
  • Magnesium 100mg


Khasiat BiO-LiFE Nat B Fizzy

1. Vitamin B1 bertindak menukar karbohidrat, lemak dan protein menjadi tenaga.


2. Vitamin B2 membebaskan tenaga dari karbohidrat, lemak, protein dan merangsang pertumbuhan.


3. Vitamin B3 membantu tubuh menggunakan sumber tenaga yang diperoleh dari makanan.


4. Vitamin B5 membantu memetabolisme lemak dan karbohidrat.


5. Vitamin B6 terlibat dalam pembentukan sel darah merah.


6. Vitamin B12 membantu pembentukan sel darah merah.


7. Biotin menguraikan karbohidrat, lemak, dan protein menjadi tenaga.


8. Vitamin C membantu dalam sintesis kolagen, penyerapan zat besi dan menyingkirkan radikal bebas.


9. Kalsium membantu menguatkan tulang dan gigi.


10. Magnesium terlibat dalam pembentukan dan penjagaan kesihatan tulang.


Bagaimanakah Nat B Fizzy membantu dalam mengekalkan kesihatan?



1. BiO-LiFE Nat B Fizzy tinggi dengan kandungan vitamin B complex dan vitamin C untuk membantu badan mencapai kesihatan yang optimum. 


2. BiO-LiFE Nat B Fizzy dibungkus secara individu di mana kebersihan lebih terjamin dan mengurangkan proses pengoksidaan.


3. BiO-LiFE Nat B Fizzy juga mudah untuk dibawa ke mana saja kerana saiznya yang kecil.





Bagaimana Rasa BiO-LiFE Nat B Fizzy ?


BiO-LiFE Nat B Fizzy ni sedap rasa dia. Macam minum air perisa oren. Kiranya tak membazir kalau beli ianya tak rasa macam minum ubat atau tak sedap! Serius sedap kalau pertama kali minum tu, rasa nak minum lagi.





Cara Penyediaan BiO-LiFE Nat B Fizzy 

Cara penyediaan yang sangat mudah untuk consume BiO-LiFE Nat B Fizzy 




Larutkan sebiji tablet di dalam air kosong dan sedia untuk diminum. Perlu diingat, minum BiO-LiFE Nat B Fizzy  selepas sarapan atau makan untuk penyerapan terbaik.



Beli sekarang 2 x 10s Nat B Fizzy sekarang di Watsons dalam talian (https://www.watsons.com.my/nat-b-fizzy-10s-x-2/p/BP_33932) atau di kedai dengan harga RM14.90 sahaja!


Untuk maklumat lanjut, Anda boleh layari http://Biolife.2.vu/natb. Untuk melihat produk-produk Bio-LiFE yang lain, Anda juga boleh layari website atau media sosial Bio-LiFE seperti di bawah :


Website : 

https://biolife.com.my/


Facebook : 

https://www.facebook.com/biolifemarketing


Instagram :

https://instagram.com/biolifemy


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Semua yang bonde senaraikan memang baik untuk kesihatan.. Sha kalau terganggu memang rasa beza sgt.. zaman skrg amik vitamin sgt perlu

    BalasPadam
  2. Mcm menariknya product ni.. Nak cuba gak lahhh

    BalasPadam
  3. Terima kasih Bonde share tips. Nanti boleh la try Nat B Fizzy ni sebab minum je. Khasiat pun banyak.

    BalasPadam
  4. banyak juga khasiat serta kandungan vitamin yang ada melalui supplement bio life ni

    BalasPadam
  5. bagus ni untuk mereka yang aktif setiap masa. Bantu cergas bertenaga

    BalasPadam
  6. wah bagus la Nat B Fizzy ni ada byk kebaikannya

    BalasPadam
  7. Good sharing Bonde.. produk Biolife nie memang bagus pun kan..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.