Antologi Sri Diah Legasi Abah 35 Kisah Hidup Penulis Bersama Lelaki Bergelar Abah



Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai pembaca semua... Bonde teruja nak membeli naskah Antologi Sri Diah Legasi Abah 35 Kisah Hidup Penulis Bersama Lelaki Bergelar Abah... Dari apa yang Bonde Baca di posting Sri Diah tentang Buku ini... Membuatkan Bonde semakin teruja nak membacanya dan menjadikan ianya sebahagian dari koleksi peribadi.  Kisah bersama seorang abah semua orang melaluinya.. Ini adalah kenangan yang amat terindah kerana Abah lahirlah kita ke dunia ni... 

Antologi Sri Diah Legasi Abah 35 Kisah Hidup Penulis Bersama Lelaki Bergelar Abah

Sebut tentang Abah tentunya Bonde rasa rindu yang teramat sangat  dengan arwah ayah... tahun ni pada 6 September 2021 telah genap 16 tahun pemergian Ayah kedunia abadi.  Al Fatihah untuk arwah ayah Hussin Bin Othman.  

Antologi Sri Diah Legasi Abah 

Tipulah kalau saya tak tersentuh hati dengan kisah lelaki anugerah Allah ini. Dialah imam, dialah arjuna hati. Abah yang hidupnya memikirkan kerja kerja kerja, berpanas, berhujan demi keluarga.  Abah yang pertahankan anak-anak, lencun bajunya mengayuh basikal mahu semua zuriatnya berjaya dunia akhirat. Ada abah yang pergi dulu ketika anak-anak masih kecil. Ada abah yang tak sempat dibalas jasanya.
Paling terharu ada abah yang dijemput pergi ketika naskhah ini sedang disiapkan, saya membaca tulisan itu dengan rasa sebak. Tahniah kepada semua 400++ karyawan #UnIKH yang bijak, mengambil langkah segera, mendokumenkan kisah abah ini untuk tatapan legasi akan datang.
35 kisah penulis bersama abah masing-masing. Setiap titisan keringatnya tidak pernah kenal erti mengalah dan putus asa. Segala keperitan dan kepayahan ditelan dengan penuh kesabaran dan tawakal. Doa yang berterusan demi melihat kejayaan seorang anak. Sebuah buku yang amat bermanfaat dan mampu membentuk jati diri seorang lelaki. 

Sri Diah 

35 kisah hidup penulis bersama lelaki bergelar 'abah' 1 karya novelis terkenal, Sri Diah Shaharuddin

1 karya penulis tamu, Ustazah Muzayyanah Abdullah


Tahniah diucapkan kepada 35 penulis yang terlibat dalam penghasilan buku ini... Tak lupa juga kepada sahabat Bonde As Samsudin kerana menjadi salah seorang penulis buku ini.  Tak sabar Bonde nak dapatkan buku ini.

Tajuk-tajuk Dalam 35 Kisah Hidup Penulis Bersama Lelaki Bergelar Abah




Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan buku Antologi Sri Diah Legasi Abah 35 Kisah Hidup Penulis Bersama Lelaki Bergelar Abah ini bolehlah membuat pesanan dengan klik gambar dibawah :


Jom beli buku ini, Selamat Membaca! semua...

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. saya dah beli, tak sabar tunggu buku ni sampai!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Syaz, sabar ya menanti buku ni. Esok as akan mulakan proses packaging untuk semua yang telah menempah.

      Padam
  2. MasyaAllah... Tabarakallah..

    Terima kasih Bonde untuk post yang sangat istimewa ini. Benar kata Bonde, tanpa abah tidak lahirlah kita ke dunia.

    Al Fatihah untuk arwah ayah Bonde. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan para solihin.

    Amin.

    Bagi yang ingin mendapatkan buku istimewa ini boleh hubungi As (0184044132). Tq.

    BalasPadam
  3. Nampak menarik...bleh order ni....dulu suka baca nukilan Sri Diah

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.