Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Puan Siti Farhana Abu Osman Antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks
Puan Siti Farhana Abu Osman |
Pengalaman Puan Siti Farhana Abu Osman Dari Tahun 2014 Hingga Tahun 2020
Cabaran Pada tahun 2014
Cabaran Pada Tahun 2016
Cabaran Pada Tahun 2017
Pengurusan bisnes yang betul.
Kejayaan Pada Tahun 2019
Jualan tahun 2019 telah meningkat lebih sekali ganda
Pengurusan team dan menjaga key leader
Kejayaan Pada Tahun 2020
Jualan tahun 2020 telah pecah rekod tahun lalu
Tak cukup tangan untuk menguruskan pelajar yang makin bertambah.
Nak Tahu Bagaimana Puan Siti Farhana Abu Osman Berjaya?
Bagaimana 100 Usahawan Jutawan Ini Berjaya Harungi Cabaran Bisnes Ketika Pandemik? Mereka Bakal Kongsikan Perkara Betul & Strategi Dilakukan
Seramai 100 usahawan jutawan dihimpunkan bagi berkongsikan usaha dan tindakan mereka hingga berjaya membina perniagaan daripada kosong hingga capai 7 angka jualan meskipun ketika krisis pandemik masa ini.
Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, perhimpunan secara virtual tersebut dibawa bagi menunjukkan kepada orang ramai terutama usahawan bahawa mereka sebenarnya juga boleh berjaya.
Katanya, kejayaan diperolehi mereka tidak datang begitu saja sebaliknya perlu melalui proses yang ada.
RichWorks Academy
"100 usahawan jutawan ini merupakan sebahagian anak didik di bawah RichWorks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuk Australia, Singapura dan Indonesia.
Titan RichWorks
"Kami tampilkan mereka ini yang dibimbing secara dekat Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman untuk kongsikan apa perkara buatkan mereka berubah dan capai kejayaan hingga hari ini dalam program Titan Summit 2021," katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini hari ini.
Sertai Program Titan Summit 2021 Sekarang
Berapa Harga Program Titan Summit 2021?
Program Titan Summit 2021 ini terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks pada 24 hingga 26 September nanti.
Tambah Radz, himpunan jutawan ini juga bagi memberikan inspirasi dan harapan kepada usahawan malah anggota masyarakat di luar sana bahawa mereka juga boleh berjaya dalam tempoh mencabar ini.
"RichWorks bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah melatih dan bimbing ramai usahawan sejak 2008 malah boleh dikatakan kebanyakan jenama terkenal Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera datangnya daripada kami.
"Kami tidak bercakap kosong, sebab itu RichWorks tampilkan 100 usahawan jutawan ini bagi kongsikan kisah perjalanan mereka sendiri," jelasnya.
Menurut Radz, RichWorks akan membawakan bukan saja pengasas-pengasas perniagaan malah usahawan yang hanya sebagai master stokis atau dengan kata mudah menjual produk atau perkhidmatan usahawan lain.
Dalam pada itu, Radz memberitahu, para peserta juga dapat mengetahui peluang-peluang perniagaan yang disediakan usahawan jutawan ini dengan modal yang rendah malah ada yang percuma.
Titanium Inner Circle Meeting (ICM)
Pada 13 -16 September ini, seramai 300 lebih usahawan jutawan sedang 'berkampung' dalam Inner Circle Meeting (ICM) RichWorks secara virtual bagi menimba ilmu bersama Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Richworks Academy
Program tersebut khusus bagi usahawan yang mencatatkan jualan lebih RM1 juta setahun dalam program mentoring, Titanium. Usahawan-usahawan itu merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari 20 lebih industri di negara ini malah ada dari luar negara.
"Usahawan jutawan di RichWorks ini merupakan 'market leaders' yang mempunyai pemikiran, keinginan dan hala tuju sama bagi membina bisnes ke tahap lebih tinggi lagi.
"Mereka ini merupakan sebahagian besar daripada 700 usahawan dibimbing RichWorks yang berjaya mencapai jualan terkumpul pada 2020 berjumlah RM2.2 bilion berbanding RM900 juta tahun sebelumnya," jelas Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
ICM diadakan selama 3 kali setahun bagi ahli Titanium mendapatkan panduan, strategi, pemahaman dan keadaan masa ini yang diperlukan sesebuah perniagaan terus berkembang serta kehadapan berbanding pesaing lain.
Tambah beliau, usahawan jutawan itu bukan saja dibimbing, malah mereka juga dapat membina rangkaian perniagaan antara satu sama lain.
"Saya berkongsikan ilmu, strategi dan dapatan berdasarkan ilmu dan kajian terbaru serta pengalaman bagi meningkatkan sesebuah perniagaan bagi 2022.
"Mereka bukan hanya diajar soal teori tetapi praktikal bagaimana usahawan jutawan ini boleh 'menang' dan terus menyaksikan peningkatan bagi bisnes pada peringkat ‘growing’ dan ‘expansion’," jelasnya.
Datuk Wira Dr. Azizan Osman |
Jelas Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika membuka program ICM itu, mengingatkan agar semua usahawan jutawan tidak berada dalam keadaan selesa berikutan jualan dan peningkatan yang dicapai pada tahun lalu dan ketika ini.
“Ekonomi sekarang sudah mula dibuka dan dijangka Oktober dan November ini, aktiviti akan lebih agresif. Inilah masanya untuk usahawan rebut peluang dan berniaga secara kompetitif.
“Jangan cepat selesa, dengan landskap perniagaan masa ini juga membuatkan persaingan lebih sengit dan anda kena bergerak dengan pantas supaya tidak ketinggalan berbanding pesaing lain,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, dikalangan 300 orang ini, 100 usahawan jutawan akan RichWorks tampilkan dalam program khas, Titan Summit - 10X Bina Bisnes Berjaya yang terbuka kepada orang ramai khususnya pengasas dan pemilik bisnes secara percuma pada 24 - 26 September ini.
Bagaimana 100 usahawan menjadi jutawan?
100 usahawan jutaan ini berjaya harungi cabaran bisnes ketika pandemik dan mereka bakal berkongsikan jatuh bangun, strategi dan tindakan mereka.
"Titan Summit ini bagi pengasas dan pemilik perniagaan yang mungkin sudah bertahun berniaga nak berkembang ke tahap lebih seterusnya, yang mahu mengetahui apa perkara betul dilakukan usahawan jutawan ini di samping peluang perniagaan ditawarkan," ujarnya lagi.
Ini adalah peluang untuk anda memantapkan lagi ilmu perniagaan dan memgembangkan perniagaan. Rebutlah peluang yang ada didepan mata, kerana ia adalah percuma.
Semoga Berjaya!
11 Ulasan
Tak mudah nak berniaga.. tambahan skrg berniaga kena ada ilmu. Ilmu berniaga berubah mengikut zaman.. mmg bagus join program Richworks
BalasPadamBetullah orang kata bila ada mentor yang betul membantu.. akan nampak kejayaan tu satu persatu. Tahniah Cikgu Fana..
BalasPadamTak sangka… buat kelas tuisyen pun boleh berjaya sampai macam ni yea.. cikgu pun berguru juga.. Terbaik Cikgu Fana..
BalasPadamRezeki Allah... Allah dah janji... Siapa usaha dia dapat...
BalasPadamMasyaAllah hebat, walaupun pada awalnya dah capai 6 angka, tetap berusaha mencari ilmu & menthor untuk kembangkan perniagaan. Tahniah cikgu Fana
BalasPadamHebatnya! Ramai jugak dah berjaya dengan Richworks sebenarnya. Menarik jugak.
BalasPadamTak sabar lah bonde nak dengar live perkongsian usahawan-usahawan ni. Memang nak join nanti. Free pula tu
BalasPadamNampak sgt perbezaan bab marketing bila join RichWorks ni kan. Dari xtau apa terus boleh buat mcm2 planning. Skrg 7 angka haa hasil dia.
BalasPadamI agree, business is not easy but if learn the right skills and motivation you will get there
BalasPadamsyabas Puan Siti Farhana
BalasPadamSyok pulak baca journey nak brjaya ni
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.