Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua.. Selamat Hari Malaysia.. Anda sarapan apa pagi tadi, Semalam Bonde beli Ubi Kayu dengan kawan pejabat, Bonde pula teringin nak makan pelbagai menu ubi kayu kesukaan Bonde antaranya Ubi Kayu Goreng Kunyit, Ubi Rebus Cicah Sambal Bilis/Sambal Belacan, Lempeng Ubi dan Gincham @ Sira Ubi Kayu ... Banyaknye Menu Ubi kayu yang rasa nak makan.. terasa-rasa dekat tekak sudah nih, sejak pasar malam tak bukak tak jumpalah ubi kayu... Kebetulan kawan Bonde memang ada kebun dan usahakan tanaman ubi kayu, kebetulan sedang mengutip hasil hendak dijual Bonde beli RM 10 dekat kawan pejabat tu, macam-macamlah menu yang lalu lalang dekat mata.
Sarapan Pagi Hari Malaysia Penuh Sejarah
Ubi Rebus Sambal Ikan Bilis
Ubi rebus adalah makanan masyarakat sebelum merdeka menjalani kehidupan serba kekurangan dan ubi rebus adalah makanan ruji mereka yang disediakan bersama air panas untuk sarapan pagi atau minum petang untuk menambah tenaga dan meneruskan kehidupan.
"Generasi sekarang terutama orang muda mungkin sudah tidak mengenali makanan tradisi ini, jadi dengan menghidangkan ubi rebus dan sambal ikan bilis kepada anak-anak dan cucu dapatlah mereka mengenali menu makanan utama orang dulu-dulu,"
Artikel Penuh : Disini
1 kg Ubi kayu bersihkan dan Potong
sedikit kunyit
sedikit garam
sedikit minyak untuk mengoreng
Cara Memasak :
Ubi kayu yang telah dibersihkan,
tabur garam dengan kunyit
Dan ratakan bagi garam dan kunyit lekat dan mesra pada ubi kayu ( Bonde goncang-goncangkan saja dalam mangkuk ayan nih.
Panaskan minyak dan goreng hingga bertukar warna kuning dan garing angkat dan toskan minyak.
Siap untuk dimakan. Hidangkan bersama kopi panas eeemmm sedap sangat tau. Terbayang makan dekat tepi sawah ehhh terbayang langkawi hahaha
~ Bonde Senyum Riang ~
4 Ulasan
Anak2 tak kenal sbb mak2 tak perkenankan. Ammi pon lambat kenalkan Ubi kayu kat anak2.
BalasPadamBila dorang dah cuba sekali Ubi rebus cicah sambal.. Siap tanya bila nak buat lagi
memang lejen ubi kayu goreng gini, saya suka sebab terasa manis ubi kayu tu nanti
BalasPadamSedapnya breakfast bondeee.
BalasPadamsy peminat ubikayu
BalasPadamsemua menu suka
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.