Sambal Petai Ikan Bilis Garing



Assalamualaikum dan Selamat Malam, Baru ada kesempatan Bonde nak kongsikan resepi kedua hasil borongan Petai dengan Kak Laila hari tu. Resepi pertama anda boleh tengok dekat sini.

Sambal Petai Ikan Bilis Garing


Sambal Petai Ikan Bilis Garing

Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Garing

Bahan-bahan :

5 papan petai (siap belah dua)
1 senduk cili kering (yang telah dikisar)
100 gram ikan bili (cuci bersih dan toskan)
1 bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
sedikit minyak
sedikit garam
sedikit serbuk cukup rasa

Cara memask :

Panaskan minyak goreng ikan bilis hingga garing dan asingkan.

Guna minyak yang sama, keluarkan kalau minyak tu nampak banyak.. sebab resepi ni sambalnya jenis kering, selepas itu tumiskan cili kering hingga garing, setelah garing masukkan bawang merah dan bawang putih kacau-kacau sampai garing.

Selepas itu masukkan petai, kacau-kacau bagi cili nampak sama rata dengan petai masukkan garam, serbuk cukup rasa dan kacau-kacau perasakan garam jika sudah cukup rasanya masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing.

Gaul-gaul sama rata hingga nampak semua dah rasa cukup boleh padamkan api jangan terlalu lama nanti akan buat ikan bilis tidak ranggup.


Sambal Petai Ikan Bilis Garing

Seperti biasa kepada peminat petai, anda kenalah cuba Sambal Petai Ikan Bilis Garing nih.. memang sedap makan dengan nasi panas-panas dan juga kalau yang suka makan bubur nasi boleh cuba juga makan dengan bubur nasi... yang pasti menu ni.. memang menarik dan pembuka selera kalau nampak auto nak makan, kalau tengah makan auto nak bertambah nasi pula... 

baiklah selamat mencuba


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Tudiaaa...banyaknya petai..SA suka sambal macam ni dan ikan bilisnya garing...sedapnyaaa

    BalasPadam
  2. Dapnyaa.. Letak in between roti perghhh

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.