Resepi Nasi Goreng Petai Bertaburan



Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai pembaca semua... seperti yang dijanjikan Bonde nak kongsikan menu dari borongan petai dengan Kak Laila maka terhasillah Resepi Nasi Goreng Petai Bertaburan Bertaburan menu sarapan pagi Sabtu yang lepas.

Resepi Nasi Goreng Petai Bertaburan

Nasi Goreng Petai Bertaburan

Petai yang dibeli masih muda dan ranggup sedap dibuat ulam dan juga dimasak separuh masak sahaja.. agar keranggupan petai tu kekal masa makan nasi goreng.

Resepi Nasi Goreng Petai Bertaburan


Bahan-bahan
3 papan petai di belah dua
1 mangkuk nasi untuk (4 orang makan)
100 gram ikan bilis
10 biji cili api kampung (dicopper)
1 biji bawang besar (dicopper)
5 ulas bawang putih (dicopper)
1 biji telur
sedikit garam
sedikit cukup rasa maggi
sedikit minyak
1 sudu majerin pelanggi

Cara-cara memasak :
Basuh ikan bilis dan toskan, Panaskan minyak goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan dahulu

Guna baki minyak tadi, tambah 1 sudu majerin pelanggi untuk menumis bahan-bahan yang telah dicopper tumis hingga garing masukkan petai dan pecahkan telur kacau-kacau telur bagi hancur, masukan garam dan cukup rasa maggi kemudain masukkan nasi dan gaul-gaul bagi tumisan rata. perasakan garam jika sudah tutup api dan angkat letakkan kedalam mangkuk.  Taburkan ikan bilis yang telah siap digoreng. 

Nasi Goreng Petai Bertaburan

Ya ampun, Berselera kami makan... jangan lupa hidangkan bersama hirisan timun sebagai ulam jika suka, pada peminat petai boleh mencuba Nesepi Nasi Goreng Petai Bertaburan ini.  memang sedap!

Selamat mencuba.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. tu dia berabur petai kelas kayangan haha

    BalasPadam
  2. Fuh . Gandingan ikan bilis dan petai tu .sedapnyaa

    BalasPadam
  3. Tu dia.. bertaburan terus petai dia hihi lucu Bonde.

    BalasPadam
  4. Kalau wak makan masi goreng macam ni,
    petainya wak susun tepi pinggan.

    BalasPadam
  5. Sedap sangat ni nasi goreng petai bertaburan!

    BalasPadam
  6. Tudiaaa...sepinggan kebahagiaan ni...sedapnya nasi goreng petai...SA suka bau dia tu...petainya mmg asingkan ke pinggan orang lain la..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.