Resepi Ikan Loma Salai Masak Lemak Cili Api



Assalamuaikum Dan Selamat Malam seperti yang dijanjikan di entri ini, Bonde nak kongsikan masakan yang telah Bonde masak dengan menggunakan Ikan Loma Salai yang telah dibeli dengan Kak Laila hari tu.. Kak Laila ada bagi tahu menu apa yang sedap untuk masak Ikan Loma Salai jadi Bonde nak cuba Masak Lemak Cili Api.. Lagi pun kat rumah nih memang suka masakan yang pedas sedikit.. kalau tak kena buat menu sambal nanti.. kena ada menu yang pedas baru masing-masing berselera nak makan.



Resepi Ikan Loma Salai Masak Lemak Cili Api

Baiklah Bonde kongskan Resepi Ikan Loma Salai Masak Lemak Cili Api dibawah.. Ini cara Bonde masak memang suka yang mudah dan ringkas.

Resepi Ikan Loma Salai Masak Lemak Cili Api



Bahan-bahan :

5 ekor ikan loma salai

10 biji cili api kampung (copper kasar)

1 biji bawang besar (copper kasar)

5 ulas bawang putih (copper kasar)

1 helai daun kunyit

1 kotak santan m&s (saiz kecil)

2 sudu jus limau

sedikit air

sedikit serbuk kunyit

sedikit garam

sedikit cukup rasa


Cara memasak :

Masukkan semua bahan yang telah dicopper masukkan serbuk kunyit dan sedikit air, (untuk air ini bergantung dengan anda boleh sukat ikut kepekatan kuah yang anda suka bila dan tambah santan nanti jadi adjust ikut cara anda) bonde tak suka terlalu pekat sangat kuahnya jadi agak-agak sendiri jer sukatan air tu.

Bila bahan-bahan tadi sudah mendidih dua kali, bolehlah masukkan santan.  Kecilkan api sebab tak nak santan berketul-ketul nanti.  Kacau-kacau kuah dengan pelahan.  Bila kuah santan telah mendidih bolehlah garam, cukup rasa dan jus limau, kacau-kacau selepas itu masukkan ikan loma salai dan juga daun kunyit jangan kacau terlalu kuat takut ikan hancur nanti.  Bila ikan sudah sebati dengan kuah bolehlah ditutup api dan hidangkan Ikan Loma Salai Masak Lemak Cili Api dengan nasi panas.

Sedap ke Ikan Loma Salai Nih?

Ikan loma salai ni bau salai dan asap tu mempunyai tarikkan tersendiri aromanya sangat sedap bagi peminat-peminat masakan bersalai seperti daging salai, itik salai, keli salai anda wajib cuba ikan loma salai nih memang sedap tau.  Lepas tu Ikan Loma ni bermusim  tak selalu ada.. 

@bonde_aisheteru

Masak2 bersama Bonde 🥰 ##myfoodie ##myfoodreview ##cooking ##menu ##lunch ##selerakampung ##eating ##bismillah ##kamisempoi ##sahabatmakkuntum

♬ bunyi asal - user6882853271154WanAidi

Selain buat masak lemak Bonde juga Goreng Ikan Loma Salai nih tau sebab Kak Laila kata sedap diratah macam tu sahaja, Bonde makan dengan nasi.. dan juga ratah memang sedap! tapi kena goreng garing-garing sebab tulang Ikan Loma agak banyak dan halus.


Kalau anda suka bolehlah cuba ikan loma salai nih, sementara tengah musim di Gerik Perak.. memang sedap tau... Selamat Mencuba...

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. ikan loma maybe tmpt sy nama lain kot
    sedappp masak lemak kan
    menu feberet masak lemak

    BalasPadam
  2. SA x pernah lagi makan ikan Loma ni...nampak menarik..ni tadi Pak Zain baru salai ikan keli...malam ni nak masak..esok boleh la bawak pergi kerja...hehehe

    BalasPadam
  3. ikan loma? pestaim dengar. sedapnya lauk ni

    BalasPadam
  4. pertama kali jumpa ikan ni. sedap pula juadah masak lemak huhu

    salam kenal Bonde. singgah follow sambil blogwalking :)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.