Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai pembaca semua.. Disebabkan masih ada stok ubi kayu, Bonde cuba buat Resepi Asam Rebus Ubi Kayu - Che Mat Gebu. Sebenarnya badan tak berapa nak sihat jadi selera tak berapa nak ada... Nak makan menu yang berkuah dan panas-panas bila hirup rasa segar dan membangkitkan selera.
Resepi Asam Rebus Ubi Kayu - Che Mat Gebu
Bahan-Bahannya :Ubi kayu secukupnya, kurang lebih 2 - 3 ketul sebesar penumbuk orang dewasa
1 genggam ikan bilis, dibersihkan
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
¼ sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Bahan-bahan Tumbuk Halus
4 biji bawang merah
1 ulas kecil bawang putih
1 biji cili merah
Belacan, sebesar hujung jari
Cara Membuatnya:
1- Ubi kayu dikupas kulitnya, kemudian dipotong kiub besar². Kalau nak lagi authentic, ubi tu kita takik². Cuci dan toskan.
2- Masukkan ubi dalam periuk, tuang air hingga ubi tenggelam dan rebus hingga ½ empuk. Masukkan bahan² tumbuk halus, serbuk kunyit, cili kisar, ikan bilis dan asam gelugor. Kacau rata dan tambah sedikit air panas jika perlu.
3- Masak hingga ubi empuk. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit (boleh gantikan dgn daun kesom) . Masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api. Siap untuk dihidangkan.
Kredit Resepi : Che Mat Gebu
Bonde dah try dah resepi nih, Ya memang kali pertama guna ubi kayu untuk masak asam rebus nih, Sebelum nih Bonde guna keladi, batang keladi buat asam rebus tak pernah gunakan ubi kayu nih, Sememang lauk nih akan buat lagi lepas nih... kalau ada stok ubi kayu.
Selamat mencuba!
Info Pelbagai Resepi join Channel https://t.me/ResepiKampungku
Info Parenting : Join group telegram ini : https://t.me/ibuhamilmalaysia
Join group fb ini : https://www.facebook.com/groups/infohamilmalaysia/
~ Bonde Senyum Riang ~
9 Ulasan
saya tak pernah makan, tapi teringin nak mencuba
BalasPadamSaya pun teringin tu yang buat rupanya sedap! kena guna ubi kayu yang empuk mmg sedap
PadamWah..resipi baru...
BalasPadamResepi dah lama Che Mat Gebu buat, saya yang baru mencuba hahaha
PadamTak pernah SA makan asam rebus ubi kayu...nampak menarik..kalau tukar keladi pun boleh kan bonde
BalasPadamhaah kan selalu guna keladi.. tak penah lagi rasa yg versi ubi kayu
BalasPadamwahh nampak sedap
BalasPadamturunkan berat badan
resdung
zakat pendapatan
borang b
Checkout more information about etiqa home insurance and tuntutan insurans on website ETIQA. Rancang belanja anda dengan insurans untuk menjamin masa depan.
BalasPadamWah! First time dengar asam rebus ubi kayu.. nampak gayanya lagi sedap ni Bonde..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.