Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Hai Pembaca semua, Baiklah seperti yang dijanjikan Bonde telah pun memasak Lempeng Ubi Kayu, Lempeng Ubi Kayu ni syle masak arwah mak, Naseb sempat belajar buat dan sedut ilmu masak dari arwah. Bagi Bonde apa sahaja masakkan Mak yang sedap dan kena dengan tekak pasti Bonde nak sedut ilmu dan belajar macam mana nak buat resepi masakan tu... cuba buat dan praktikkan cara yang sama, agar rasa serupa macam arwah Mak masak.
Lempeng Ubi Kayu
Resepi Lempeng Ubi Kayu |
Sejarah Zaman Kanak-Kanak Buat Lempeng Ubi Kayu
Bonde memang ada sejarah zaman kanak-kanak dahulu semasa menyediakan bahan-bahan nak buat lempeng ubi kayu nih. Selepas ubi dibersihkan, ubi tersebut perlulah disagat terlebih dahulu. Pada zaman itu... rumah kami belum ada mesin kelapa lagi jadi ubi perlu disagat dengan mengunakan sagat kelapa. Sagat kelapa dekat rumah kami sememangnya tajam kerana arwah ayah Bonde sangat lah rajin mengasah sagat kelapa itu. Pantang baginya peralatan nak digunakan untuk memasak atau berkebun tumpul semuanya selalu diasah bagi tajam dan senang bila hendak digunakan. Pengalaman Bonde adalah semasa arwah mak sagat ubi tu, Bonde yang duduk dihadapan melihat sahaja Mak sagat ubi kayu dengan laju sekali. Sebaik Mak berhenti tinggalkan kerja-kerja menyagat Bonde pula gatal tangan nak mencuba... keluarkan kan ubi kayu letak kedalam mangkuk... tapi cara Bonde salah kerana kaut dari kedudukan hadapan mata sagat yang salah... maka menjeritlah kesakitan dan beberapa jari terluka kena mata sagat. Maka kena marah dengan arwah Mak sebab tak dengar cakap. (dah cakap jangan usik tadikan!) Dari hari itu, Bonde sangat fobia dengan sagat kelapa tersebut... Tapi hari demi hari keluarga kami dan maju dan memiliki mesin kelapa sangat mudah kerja-kerja dapur dengan adanya mesin kelapa. Itulah sejarah Bonde dengan sagat kelapa. hehehe
Baiklah Bonde lanjutkan dengan...
Resepi Lempeng Ubi Kayu
Resepi ini untuk 6 keping lempeng
Bahan-bahan
Ubi kayu 3 ketul (buang kulit dan bersihkan)
1 biji bawang besar ( dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 biji cili api (dihiris)
3 tangkai daun kari
3 sudu besar serbuk lada (boleh juga guna cili kisar)
1 gengam ikan bilis (boleh juga nak letak udang kering ikut selera)
sedikit serbuk cukup rasa
sedikit garam
sedikit planta
Cara-cara memasak:
Sagatkan ubi kayu (bonde guna sagat manual sahaja)
Setelah sangat, masukkan bawang merah, bawang putih, cili serbuk, cili api, daun kari , ikan bilis, garam dan cukup rasa.
Gaulkan semua bagi rata.
Bulatkan kepada 6 ketul
Sapukan planta dipermukaan kuali, canaikan ketulan aduanan tadi menjadi bulat dan leper, jika sebelah sudah garing terbalikkan sebelah lagi hingga garing dan cukup masak
Buat hingga aduanan habis sedia untuk dimakan.
Tips:
Masak lempeng nih jangan letak terlalu banyak garam kerana ikan bilis sudah memberi rasa masin. Bonde buat saiz comel ni sebab senang nak makan. anda boleh jer buat saiz lempeng.
Macam mana menarik tak Lempeng Ubi Kayu Bonde, Macam mana style Lempeng Ubi Kayu yang anda pernah makan sebelum nih? cuba kongsikan diruangan komen dibawah.
Selamat mencuba ! next Bonde nak masak Ubi Kayu Sira Gula Merah pula... Kalau anda ada cadangan nak masak Menu apa selain yang Bonde nak buat boleh juga kongsikan dibawah.
Entri berkaitan : Ubi Kayu Goreng Kunyit
~ Bonde Senyum Riang ~
3 Ulasan
Sedap tu lempeng. Tpi ubi kayu punya versi belum pernah. Kelapa selalu hehe
BalasPadamsedapnyaa!
BalasPadamtak penah buat lagi ni.. sedap nampaknya tu
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.