Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua... Sejak Selangor dapat kebebasan merentas Daerah hanya dalam Negeri Selangor sahaja Bonde sempatkan Jalan-Jalan Cari Makan ke Faridah Mentarang Bakar yang terletak di Sekinchan Selangor.
JJCM Faridah Mentarang Bakar Sekinchan Selangor
Sebenarnya dah lama Bonde simpan hasrat nak makan Mentarang ni? sejak sebelum PKP lagi tau..
Apa dia Mentarang tu?
Mentarang itu adalah sejenis hidupan laut yang bercengkerang & habitatnya dalam lumpur di Selangor Mentarang boleh di dapati Daerah Kuala Selangor di Sekinchan.
Kali ini Jalan-jalan Cari Makan Bonde singgah di Faridah Mentarang Bakar. Bonde ke sini kerana dalam banyak-banyak kedai Faridah Mentarang Bakar adalah antara yang viral dan popular di Media Sosial.
Bertolak dari rumah jam 9.00 pagi kami sampai di Faridah Mentarang Bakar jam 11.00 pagi. Lebih kurang perjalanan kami mengambil masa dua jam. Kami bajet sampai untuk makan tengahari di situ. Dalam perjalanan Kanda suruh call tuan kedai untuk booking memandangankan kami bersaing dengan group-group rider dari sekitar KL dan Daerah lain menuju ke Kuala Selangor kami jadi bimbang kena beratur lama atau menunggu terlalu lama dan takut mentarang habis, sudahlah terigin nak makan lamakan.... Alhamdulillah panggilan yang dibuat dijawab oleh tuan kedai. Untuk info hujung minggu tiada booking diambil, semua pelanggan kena walk in dan siapa cepat dia dapatlah macam tu... Katanya semasa kami call tu barisan yang beratur tunggu turn tak ramai... Alhamdulillah memang rezeki kami langkah kanan. Sampainya kami di kedai Faridah Mentarang Bakar hanya ada dua family beratur dihadapan.
Mentarang Ni Sedap Masak Apa?
Untuk pengetahuan anda semua, Menu paling popular dan sedap untuk Mentarang ni adalah Mentarang Masak Lemak dan Mentarang Bakar . Jadi Bonde oder dua menu ini untuk dicuba.
Mentarang Bakar
Mentarang bakar ni memang memang yang paling popular dekat Faridah Mentarang Bakar ni... Dah namanya pun menjadi trademark dekat situ, sudah tentulah kalau kesitu tidak sah makan Mentarang Bakar.
Kami oder sampai tiga pinggan tau! sebabnya sorang makan satu pinggan mentarang ni. Nak oder balik nanti tunggu turn lama... tak habis boleh bungkus bawa balik.
Ini sepinggan Bonde yang punya.
Macam Mana Rupa Mentarang tu?
Rupa mentarang ni beza sedikit dengan kerang. Ianya mempunyai cenkerang yang besar dan memanjang. Isinya pula sama seperti cenkerangnya memanjang juga. Mentarang ni sedap makan dengan sos yang disediakan memang sedap sekali pedas-pedas manis.
Mentarang Masak Lemak
Mentarang masak lemak yang kami oder nih memang sedap, rasanya untuk kekalkan rasa manis mentarang tu resepi masak lemak ni tak letak cili api, sebab tak pedas langsung dan bila kacau-kacau kuah dalam mangkuk tu memang tak nampak pun cili api dalam tu... cara masakkannya seperti menggunakan santan segar, garam dan kunyit sahaja. Kanda kata sedap sesuai dengan selera dia yang tak makan pedas sangat.
Rasa Mentarang Bakar ni sama macam kerang bakar.
Dan cuba menu mentarang jangan lupa cuba Belangkas pula. Menu belangkas yang popular disini adalah Sambal Telur Belangkas dan Belangkas Bakar.
Sambal Telur Belangkas
Kami pilih menu sambal telur belangkas dekat Faridah Mentarang Bakar nih. Jadi kami tak lepaskan peluang untuk rasa. Dah alang-alang sampai disitu kita rasa la yea.
Sambal Telur Belangkas |
Rupa Telur Belangkas |
Menu-menu diatas tak akan makan macam tu aje tak ada nasi ke? Eh tentulah ada nasi... dekat Faridah ada juga bermacam-macam menu lauk nasi campur anda pilih jer semua dah terhidang.
Kanda ambik satu pinggan nasi extra, untuk air pula Bonde oder sirap limau, Cik Fatin Tea O ais limau dan Tea O ais untuk Kanda manakala tambahan dua gelas air kosong.
Sebelum balik tu sempatlah ambik gambar dekat dapur... Mentarang Bakar dan Belangkas Bakar.
Mentarang Bakar |
Belangkas Bakar |
Untuk keterangan lanjut dan info Boleh klik : Faridah Mentarang Bakar
Next time kalau teringgin boleh datang repeat lagi... selamat mencuba, moga ada rezeki anda semua yea
~ Bonde Senyum Riang ~
7 Ulasan
Sekali lagi nak jerit...Bondeeeeeeeee......sampai hati kan..SAa dari dulu nak ke sini...tapi xde sapa boleh bawakkan....
BalasPadamMoga ada rezeki SA makan dekat Mentarang Bakar ni, Sy pon lama simpan niat nak jejak sini Alhamdulillah dapat minggu lepas...
PadamMoga ada rezeki SA makan dekat Mentarang Bakar ni, Sy pon lama simpan niat nak jejak sini Alhamdulillah dapat minggu lepas...
PadamLama tak makan mentarang bakar .
BalasPadamSedapnya mentarang bakar tu.. semalam baru cerita pasal belangkas dengan adik ipar. Suka dia makan telurnya. Cuma part saya.. belangkas tu macam tak berani pula nak makan.. hihi.
BalasPadamSedap mentarang bakar ni..dh pernah rasa tapi dekat kedai lain
BalasPadamarea situ byk mentarang kan. first time jumpa mentarang kat sana lah.. pastu terjumpa lagi kat hotel di genting. mcm pelik kat hotel ada hidang mentarang. tapi saya tak leh makn banyak. tak mariii hahha
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.