Assalamualaikum dan Selamat Malam... Hai pembaca semua, Bonde kongsikan disini malam ini Doa Nabi Sulaiman.
Doa Nabi Allah Sulaiman A.S
Doa Nabi Allah Sulaiman A.S
1. Kegunaan Doa Nabi Allah Sulaiman
Doa Nabi Allah Sulaiman A.S untuk Menghalau Jin / Makhluk Halus dari Rumah.
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam Rumah / Bangunan
Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada Jin / Makhluk Halus / Hantu / Bunian dan lain-lain, maka ada dua (2) perkara yang harus kita lakukan :
1. Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah / bangunan tersebut.
2. Setelah sampai di lokasi, bacalah ayat tersebut (DOA NABI SULAIMAN - RUJUK GAMBAR)
Maksud Doa : "Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman : keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorang pun"
* Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga (3) kali
2. Baca Doa Nabi Allah Sulaiman A.S Untuk Mengelakkan Dari Terkena Sihir.
Latinnya : Bismilaahir rahmoonir rohiim. Laa ta’luu ‘alayya wa’tuunii muslimiin.
Ertinya : Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu berlaku sombong kepadaku, dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri. Doa di atas dapat dibacakan untuk mengubati orang yang kesakitan.
Bacakan doa pengusir jin tersebut di telinga kanan orang yang sakit sambil menekan ibu kaki kanan dan kirinya, InsyaAllah j1n yang menggangu dan merasuk tubuh orang tersebut akan keluar dengan sendirinya.
* Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga (3) kali
3. Baca Doa Nabi Allah Sulaiman A.S Untuk Menundukkan Haiwan
Seperti yang tercatat dalam sejarah kehidupannya di Al-Quran, Nabi Sulaiman semasa hidupnya diberi dengan mukjizat dapat berbicara dan mengerti bahasa haiwan dan jin.
Mukjizat Nabi Sulaiman tersebut sangat bermanfaat bagi kemudahan syiar dan dakwahnya. Dengan mukjizat itu, semua haiwan serta semua jin yang ada di muka bumi tunduk akan perintah beliau.
Bila Anda ingin memiliki sedikit karamah dari mukjizat Nabi Sulaiman tersebut, amalkanlah doa berikut ini seperti yang terdapat dalam QS An-Naml ayat 30 dan 31: doa nabi sulaiman doa penunduk haiwan, wanita, dan jin.
Doa ini sudah banyak dibuktikan dan terbukti makbul. Oleh karana itu, hafalkanlah. Selain untuk mengusir j1n, doa Nabi sulaiman di atas juga dapat digunakan untuk menjinakkan binatang.
Jika anda bertemu ular liar atau binatang buas lainnya sehingga anda berada dalam bahaya, bacalah doa di atas seraya berpasrah diri kepada Allah. Insya Allah, haiwan liar tersebut akan pergi dan tidak mengganggu anda lagi.
Latinnya: Rabbi ighfir lii wahab lii mulkan laa yanbaghii li-ahadin min ba’dii innaka anta lwahhaab.
Artinya: Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.
Doa tersebut dapat diamalkan setiap Anda selesai menunaikan solat fardhu. Namun, akan lebih baik lagi bila Anda aktif menunaikan solat Duha dan membacakan doa Nabi Sulaiman tersebut setiap hari.
Akan tetapi, semua doa tersebut harus diiringi dengan ikhtiar, usaha, dan kerja keras Anda karena tidak mungkin kekayaan jatuh dari langit tanpa Anda mengusahakannya sendiri. Doa adalah sekadar munajat yang dapat melancarkan datangnya rezeki.
@bonde_aisheteru Doa Nabi Sulaiman ##doanabisulaiman ##alquran_karem1 ##ayatrugyah ##doa ##mustajab ##nabisulaeman
♬ original sound - Suleiman Yusuf
Share untuk manfaat bersama
Jangan lupa Like, komen dan copy link 3 X, 5X atau 10 X
Thank You..
~ Bonde Senyum Riang ~
4 Ulasan
doa yang bagus utk perlindungan diri dan keluarga tq for sharing bonde
BalasPadamTerima kasih kongsi doa2 ni Bonde :D
BalasPadamTerima kasih doanya ya
BalasPadamBaru tahu.. terima kasih kongsi doanya Bonde..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.