Selamat Menyambut Awal Muharram 1443 Hijrah



Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ 
 
Assalamualaikum dan Selamat Pagi pembaca semua, Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya  



Selamat Menyambut Awal Muharram 1443 Hijrah

Semoga permulaan tahun baru hijrah 1443H ini akan memberi semangat kepada kita untuk terus istiqamah dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dalam semua aspek.

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. " - Al-Taubah:20

Hijrah Untuk Kesejahteraan

Daripada Abdullah bin Amru dari Nabi SAW, bersabda:

"Seorang muslim adalah orang yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah "

(HR Bukhari No: 9)
Status: Hadis Sahih

PENGAJARAN:

1.  Muslim yang sempurna adalah seorang yang sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain (sentiasa  selamat dari gangguan lisan dan tangannya seperti umpatan, fitnah, adu domba dan lain-lain).

2.  Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna akan mendorong pemiliknya untuk melaksanakan hak-hak iman. Di antara hak-hak iman adalah: Menjaga amanah, jujur dalam bermuamalah, dan menahan diri dari berbuat zalim terhadap sesama manusia dalam perkara darah dan harta mereka  sehingga orang lain merasa aman (kerana merasa tidak terganggu) darah dan harta mereka.

3.  Hijrah adalah perpindahan dari satu situasi atau keadaan kepada satu situasi atau keadaan yang lain. Seorang yang berhijrah adalah mereka yang berpindah dari perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik. Berpindah dari perbuatan berdosa dan maksiat kepada yang baik dan mendatangkan pahala.

4.  Hijrah dituntut ke atas setiap Muslim. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.

5.  Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan.  Para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki di Mekah dan menempuh perit getir perjalanan untuk ke Madinah sehingga mereka selamat sampai. Oleh itu untuk berhijrah dan berubah, setiap kita perlu berkorban.

Marilah kita melakukan perubahan dan berhijrah dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih cemerlang dan gemilang serta diredhai Allah. Bersama mewujudkan kesejahteraan ummah. 

Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1443

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

Semoga Bermanfaat

Kreadit @quotephotovideo 

Tarikh Yang Perlu Diingati Di Bulan Muharram


Selasa 10 Ogos 2021
Tahun Baru Islam (1 Muharam)

Rabu 18 Ogos 2021
Puasa Tasu’a (9 Muharram)

Rabu malam Khamis 18 Ogos 2021.
Malam Assyura. 

-Selepas Maghrib membaca: Hasbunaallah wa ni’mal wakil 70x

-memohon doa agar Allah memberi kecukupan rezeki kepada kita lebih lebih lagi saat musibah ujian ini.

-Berusahalah untuk kita perbanyakan amal, semoga ia menjadi senjata kekuatan buat kita untuk terus sabar dan sabar sehingga kita menjadi orang yang redha.


Khamis 19 Ogos 2021
Puasa hari Asyura (10 Muharram)

-Sunat memperluaskan belanja keluarga

-Sediakan makan yang baik buat keluarga

-Santuni anak yatim, kaum dhu'afa', ibu tunggal dan fakir miskin.
------------------------------------------------------------------

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin. 
 
🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

5 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.