Pantang Larang Tiktok Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Aktifkan Akaun Anda



Assalamualaikum dan Selamat pagi, Hai Pembaca semua..  Dekat sini Bonde nak kongsikan pada anda yang baru nak aktif di Tiktok.  Untuk pengetahuan anda sema Bonde mula muat turun aplikasi Tiktok ni dari tahun 2018 lagi, Masa tu Bonde join Sushivid team untuk memperkenalkan aplikasi Tiktok ini secara umum,  Pada masa itu aplikasi Tiktok sama seperti aplikasi Musical.ly wujudnya Tiktok tahun itu menjadi pesaing dekat kepada aplikasi Musical.ly seperti yang anda semua maklum Musical.ly ni jadi popular dikalangan remaja yang minat muzik dan menari yang menjadi ikuttan hangat pada tahun 2017-2018.  Tiktok juga sama seperti itu pada masa itu,  Tapi Tiktok kini telah berubah sebanyak 360 darjah dari yang dulu... Sekarang ini ramai yang telah memuat turun aplikasi Tiktok untuk memperkenalkan perniagaan dan meningkatan jualan selain berkongsi ilmu memasak, menanam pokok, menjahit,  kesihatan, mengaji al quran, ceramah agama, pelbagai tips, pelbagai idea, deco-deco, business dan macam-macam lagi..

Pantang Larang Tiktok Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Aktifkan Akaun Anda



Anda Yang Baru Nak Aktif Dalam Tiktok?

Kenapa Tiktok?

Tiktok merupakan media sosial paling trending dan akaun baru paling aktif setiap hari.

Enam Sebab Kenapa Anda Perlu Ada Akaun Tiktok?

1. Tiktok push video Tiktok anda global seluruh dunia.

2. Anda boleh kembangkan bisnes!

3. Anda boleh jana income

4. Anda boleh share banyak ilmu dan dapat ilmu di akaun Tiktok Yang Anda ikuti

5. Anda boleh jadi content creator @ influncer

6. Anda lebih berkeyakinan.

Elakkan Letak Profile Picture di bawah:

❌ Muka jiran (muka orang lain la maksudnya)

❌ Gambar berdua (melainkan itu akaun kongsi dengan wife contohnya)

❌ Gambar pokok (melainkan anda wakil Perhilitan)

❌ Gambar haiwan (melainkan akaun ZOO)

❌ Gambar sekecil kuman (kamera dengan individu terlalu jauh)

❌ Gambar mainan

❌ Gambar karakter game

❌ Gambar artis

Jika Follower Anda Kurang Dari 1000, Cara untuk naikkan Engagement Dalam Tiktok Kena Rajin Buat Lima Perkara Seperti Dibawah :

1. Follow each other ( jangan sombong)

2. Like (kena rajin lika)

3. Comment (kena rajin comment emoji pun tak apa)

4. Copylink 5x.. (Tak perlu share kemana-mana just copy sahaja)

Cara tersebut buat di akaun Follower anda. Dengan cara ini Video Tiktok anda boleh FYP di akaun Follower lain.  Bila sudah capai 1000 Follower anda dah boleh buat live di Tiktok ini memudahkan urusan anda untuk berniaga... 

Tips :

Buat Video Tiktok sehari tiga kali, kalau tak sempat sehari buat satu video Tiktok bagi mengaktifkan akaun anda dan kita boleh monitor content mana satu paling perform. Cara ini juga meningkatkan viewer VTT anda.

Sesiapa yang follower bawah 1000 kena rajin buat ni tau! Cara ini adalah untuk menaikkan enggagement anda.


Last Sekali, Pantang Larang Tiktok yang anda perlu tahu...

Perkara-perkara Perlu Elak Dalam Video Tiktok Anda:

1. Sharp objects (pisau, gunting etc), nak cegah suicidal

2. Picagari (syringe, needle), nak cegah drugs

3. Duit (display duit), nak cegah scam

4. Driving (filming semasa memandu - especially kenderaan bergerak)

5. Kanak-kanak pegang phone (underage 13), kanak-kanak muncul dalam video tak pakai pakaian 

6. Alcohol, drugs, sexy mainly cleavage, nampak pusat badan pun akan dicegah, video views slow (negara MY)

7. For more info, https://www.tiktok.com/community-guidelines?lang=ms-MY, https://www.tiktok.com/community-guidelines?lang=en

6. Numbers (account numbers, phone numbers etc) - usually long digits

8. Avoid gambar mayat

9. Avoid gambar-gambar zaman dulu (tak pakai baju)

10. Avoid gambar-gambar/video nampak dedah peha, pusat badan), pun akan kena band

Sumber : TikTok Malaysia

Jangan Delete! Apa Yang Jangan Delete 

Jangan delete VTT anda yang kurang view just hidekan video @ privacy setting

Jangan delete komen kalau typo, apa yang perlu buat, just type baik je dekat komen semula

Apa Menariknya Ada akaun Tiktok ?

❤️ Belajar Public speaking

❤️ Growth bersama Follower yang lain

❤️ Ilmu tiktok, motivasi dan pelbagai niche

❤️ Q & A directly 

❤️ More positive cycle sebab dalam Covid 19 reality kena support each others.

Anda jangan lupa follow akaun Tiktok Bonde yea... klik link : https://vt.tiktok.com/ZSJGLUuUG/


Atau Klik Link Video Tiktok Dibawah jangan lupa buat 1. Follow 2. Like 3. Comment 4. Copylink 5x..

Jangan pandang kecantikan seorang wanita sahaja.. pandanglah dr sudut yg lain ! ##filterinstagramaesthetic ##filterinstagram2021 ##filter

Dapat sesuatu??? Semoga bermanfaat, dimurahkan rezeki dan jangan lupa kongsikan pada yang lain.

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah utarakan dekat komen dibawah.  Next Bonde kongsikan part lain yea


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Waaa terbaiklah bonde perkongsian ni. Tu la ingt dlu ada TT tahun 2017/2018 sbb job. Pastu follower dh ramai tp lupe password. Buatlah yg baru. Nnti nora follow tips bonde. Tq bonde

    BalasPadam
  2. Tak ada akaun tiktok , tapi tiktok ni bukan semua berunserkan tak baik . Ada juga content yg baik content yang membina. Dan content yg sarat dengan ilmu

    BalasPadam
  3. Timm pun dulu agk skeptikal dgn tt nih, tpi install semta2 utk tgk tips photography jer, lanie mengaji pun dgn live tt, terbaek!

    BalasPadam
  4. Menarik kan..cumanya akaun SA x aktif la..x pandai nak buat content VTT...hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa ye lepas 1000 flower saya tak boleh follow orang lain, alasannya,anda terlalu cepat mengikuti nya. Sila cuba sebentar lagi.

      Padam
  5. Good sharing bonde.. Dh follow bonde..

    BalasPadam
  6. Wah bagus! thanks for the tips, nanti sis nak aktifkan tiktok sis yang lemau ni

    BalasPadam
  7. Nice sharing kak.. Skrg tiktok nie dah ramai gunakan utk bisnes

    BalasPadam
  8. tak pandai tiktok tapi bagu ada guide mcm ni utk org macam saya ni

    BalasPadam
  9. Thank you share! Iza baru nak berjinak-jinak dengan tiktok ni. Heheh

    BalasPadam
  10. Ada je akaun tiktok tapi tak berapa aktif sangat. Sekali bila layan tiktok memang ralit sebab suka tengok.content masak, deco,ceramah hehe

    BalasPadam
  11. baru je ni nak aktif balik bertiktok..hehehe..kadang-kadan best jugak kan

    BalasPadam
  12. busyra install je kt phone tp x sign up pun. hehe

    BalasPadam
  13. Adakah kalau kita tak tengok video org sampai habis lepas tu just tekan like dan copy link 5x dibolehkan?

    BalasPadam
  14. Terima Kasih berkongsi ilmunya.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.