Moga Syurga Tempatmu Siti Sarah Raissuddin



Assalamualaikum dan Selamat Malam, sejak hari Jumaat yang lepas Bonde dapat tahu mengenai update Suib situasi Siti Sarah di ward dan berdoa semoga Siti Sarah kuat melawan penyakit dan segera sembuh... dari detik itu Bonde tak lekang mengikuti setiap update dari beliau, Dan Pagi ini mendapat buka-buka handphone dapat perkabaran duka... Siti Sarah sudah tiada, dari pagi lagi Bonde tak boleh 'move on' membawa sampai kemalam mengikuti kisah Suib yang telah kehilangan isterinya Siti Sarah Raissuddin, di akhir tahun 1442 Hijrah, semua rakyat Malaysia turut besedih atas kehilangan arwah, Allah sangat sayangkan arwah Siti Sarah Raissuddin moga syurga tempatmu.

Moga Syurga Tempatmu Siti Sarah Raissuddin


Penyanyi popular, Siti Sarah Raissuddin, 36, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi ini.

Pemergian penyanyi lagu Semakin itu disahkan oleh suaminya, Shuib Sepahtu di laman Instagram (IG), sebentar tadi.

"5:13 minit pagi, 9 Ogos. Bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan al-Fatihah," tulis Shuib.



Antara Pesanan Dari Pengalaman Shuib Buat Wanita

.
1. Jadilah isteri yang taat dan membahagiakan. Yang tidak pernah berkira dengan suami. Beliau menceritakan bagaimana Almarhumah isterinya tidak pernah membantah setiap kali dia ingin pulang ke kampung (tidak perlu ikut giliran).
.
2. Tidak pernah bertanyakan langsung tentang wang suami. Tidak pernah bertanya bagaimana suami membelanjakan wangnya. Tidak pernah tanya berapa pendapatan suami. Asalkan ada tempat tinggal, makan dan minum serta keperluan terjaga. Itu lebih dari cukup memadai.
.
3. Tidak pernah berkira tentang wang dan mengajar Shuib supaya tidak berkira tentang wang ketika berbelanja untuk adik-beradik, keluarga dan untuk bersedekah. Almarhumah pernah berpesan “Jangan berkira ketika bersedekah supaya nanti Allah tidak “berkira” dengan kita…”.
.
4. Sanggup bersusah dan kekal taat bersama suami. Menjadi orang yang selalu memberi dorongan dan kekuatan untuk suami. Duit bukanlah perkara besar baginya. Isteri yang taat, berserta doa adalah dua perkara yang sangat “powerful” dalam rumahtangga. Yang boleh membawa sinar dan kebahagiaan yang luar biasa.
.
5. Memperbanyakkan sedekah. Sedekah dengan sebanyak mungkin. Bila rasa nak memberi terus beri tanpa berfikir…
.
6. Penuh dengan kasih sayang kepada suami. Selalu menenangkan suami. Memberi kata-kata yang baik buat suami. Menyakinkan suami ketika resah.
.
7. Taat beribadah. Taat dengan perintah Allah.
.
8. Selalu bergurau senda dengan suami. Bergelak ketawa dengan suami. Kata Shuib, Almarhumah mengajarnya untuk tidak takut dengan miskin. Banyak kan memberi. Kerana dari memberi itulah akan datang banyak perkara ghaib/ (Miracles). Allah memberi dengan cara yang sangat luar biasa. Dan “effortless….”.
.
9. Almarhumah sentiasa membuat suami dalam keadaan redha sepanjang hayatnya. Subhanallah.
.
10. Almarhumah seorang yang selalu tersenyum kepada suami. Cemburu namun tidak keterlaluan. Almarhumah seorang yang manja, malah selalu tidak mandi selagi tidak dimandikan suaminya…
.
Kemudian Shuib bercerita lagi…
- Hidupkan suasana yang mulia di dalam rumah. Solat berjemaah bersama anak-anak selalu.
- Bacakan Hadis bersama. Ceritakan kisah-kisah para Nabi kepada keluarga.
- Nasihatkan anak-anak dan diri supaya tidak mengidolakan sesiapa yang tidak memberikan manfaat kepada diri di dunia dan akhirat.
- Yakin dan redha selalu dengan takdir dan kekuasaan Allah. Kita hidup di dunia tidak lama. Akhirat adalah jauh lebih “luas” untuk kita. Jangan sedih dengan kehilangan yang sedikit di dunia untuk ganjaran yang lebih besar nanti.
- Untuk mereka yang berpasangan, masih belum terlambat untuk berbuat baik dan berubah selagi kita semua masih bernyawa…
Allahuakhbar …

Kredit: Dzuriasikim Dzulkefli


Sama-sama kita sedekahlah Al Fatihah untuk arwah Siti Sarah Raissuddin. Moga Suib terus kuat menempuhi hari mendatang membesarkan empat orang cahaya mata mereka.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Semoga syurga tempat buat Siti Sarah

    Bersalin di dunia ber, berpantang di syurga

    BalasPadam
  2. Salam takziah buat ahli keluarga arwah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.