Assalammualaikum dan Selamat Petang Pembaca semua. Nota ini sebagai untuk Nota diri sendiri, jika ianya bermanfaat dan anda rasa perlu untuk simpan boleh sahaja copy semula. Kalau anda rasa ianya perlu dikongsikan boleh kongsikan. Syukur Alhamdulillah.
19 Jam 50 minit Untuk Dunia
Waktu Pagi
Waktu Tengahari
Waktu Malam
KITA TAHU
Kita tahu tinggalkan solat tu adalah satu dosa.
Kita tahu perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah nanti ada solat.
Kita tahu kalau kita tak solat, kita boleh disamakan dengan orang yang kafir.
Kita tahu solat tu tak ambil masa yang lama, cuma 10 minit je.
Walaupun kita dah tahu, kita masih tinggalkan solat. Kenapa? Kerana ..
1 - Sebab kita tak sedar diri ni hanyalah seorang hamba Allah.
2 - Sebab tak sedar mati tu anytime.
3 - Sebab urusan dunia lagi seronok.
4 - Sebab tak fikir nasib kat akhirat nanti.
5 - Sebab tak sedar bahawa hidup kat dunia ni sementara dan kita buat-buat tak tahu ada satu lagi kehidupan, iaitu Akhirat.
6 - Sebab jarang ikut kelas agama dan kurangnya ilmu agama.
7 - Sebab kawan-kawan pun bukan jenis yang pentingkan solat.
8 - Sebab mengutamakan nafsu.
9 - Sebab orang tak peduli pun kita solat ke tidak.
10 - Sebab ganjaran pahala solat ni kita tak nampak.
11 - Sebab memandang ringan pada solat.
12 - Sebab solat dianggap ritual yang tidak dihayati.
Jom kita muhasabah diri kita balik. Apa yang kurang kita tambahkan.
Kita mesti kena selalu bersyukur. Kerana nikmat Allah yang tak terkira dek akal.
Alhamdulillah
@DakwahSentapOfficial
~ Bonde Senyum Riang ~
2 Ulasan
In sha Allah akan cuba balance kan dunia dan akirat
BalasPadamBetul tu bonde . Kebanyakkan kita lalai dengan urusan dunia .
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.