Terima Kasih Untuk Ulang Tahun Yang Ke 19 Tahun Ini



Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Hai ini cerita throwback masa Anniversary Bulan Mac yang lepas.  Lama terperam dalam draf rupanya Bonde tak publish post... Ini semua PKP, PKPB, PKPD punca Bonde lupa.  Nasiblah google tak detele post nih hehehe

Terima Kasih Untuk Ulang Tahun Yang Ke 19 Tahun Ini



Bagi canlah nak sweet-sweet sikit hehehe sebenarnya Kanda dah buat surprise ballon ni hantar ke pejabat Bonde... hehehe seperti biasa Bonde pun malu-malu kucing nak ambik dekat kaunter eh siap nak kena bergambar lagi nasib kali ni yang hantar perempuan taklah dia prank teruk macam dua tahun sudah tu... budak lelaki prank Bonde hadoi malulah kena prank. 


Lama tak pergi makan dekat hotel semenjak PKP tahun lepas, jadi sempena Anniversary kali ni Kanda belanja makan buka puasa dekat Hotel Sama-Sama KLIA Sepang.  Untuk info anda.. sekarang ni Hotel Sama-Sama buat Restoran terbuka dekat luar dihadapan Hotel berdekatan parking luar Hotel Sama-Sama.  Bonde bawak sekali ballon surprise Kanda bagi sebab nak bergambar view hotel gitu... hehehe







Info Park & Dine

Park & Dine at Piazza


From 24th February 2021 onwards
11.30am to 9pm daily

Let’s eat-out! Something we are eagerly looking forward to. Diners can now enjoy Park & Dine at the Piazza with the lush tropical ambiance of KLIA.

Diners just need to pull-up and park (free parking) on the street on Jalan CTA 4B, next to the Piazza, get their meals orders freshly cooked by Hotel’s Chefs, get a seat, and enjoy their meals.

Alternatively, diners can opt to either dine in the comfort of their car or take-away "tapau". Pre-orders for take-ways/tapau, please contact us at 016 262 0469.

The Park & Dine at Piazza KAW KAW menu selections is a must-try!

Park & Diner at Piazza is located in-front of Sama-Sama Hotel KLIA and on Jalan CTA 4B.

Untuk air Bonde oder ABC Goyang dan Kanda Cendol Pulut dan Hot Tea.  Snack kami order takoyaki


Menu yang disajikan  dekat Restoran terbuka ini adalah menu kampung, Jadi memang berseleralah nak berbuka citarasa ala kampung.

Bonde makan Grilled Kambing Nangis dan Kanda makan Grilled Ayam Nangis.


Dikesempatan ini Bonde ambil untuk mengucapkan 

Terima kasih rakan-rakan dan family yang mendoakan keluarga kecil kami, Moga yang mendoakan juga diberi rezeki yang tak putus-putus seperti air zam-zam yang mengalir, yang mendoakan kesihatan dan kebahagian rumah tangga yang dibina, Bonda dan Kanda juga mendoakan anda semua beroleh kesihatan yang baik dan bahagia sampai syurga.  

Moga kita sama-sama menempuhi apa juga rintangan yang mendatang dimasa hadapan dan semoga covid 19 ni lekas lenyap dari muka bumi. Aamiin.

Disebabkan belum azan magrib kami bergambarlah dulu.... 



Suasana dekat Restoran terbuka nih memang menarik dan tenang sekali, Rasanya PKPD memang tak bukalah Restoran ni, Syukur Alhamdulillah sempat merasa makan dekat sini bulan Mac yang lalu.  Untuk akan datang tak pastilah Restoran ini akan buka atau tidak.  Bonde kongsikan sebagai kenangan 19 Anniversary 2021


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Wah...memorable sangat kan...tahniah bonde..selamat menyambut anniversary

    BalasPadam
  2. Salam perkenalan bonde.Syu saja datangbsinggah BW.Jemput singgah blog Syu😊

    BalasPadam
  3. Happy anniversary buat bonde Dan Kanda semoga kekal bahagia til jannah

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.