Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Syukur Alhamdulillah... penantian untuk temujanji vaccine telah diterima, akhirnya Bonde tidak perlu menyemak 30 minit sekali di MySejahtera setiap hari seperti sebelum ini, kerana hendak tahu tarikh vaccine dan bersedia untuk ke lokasi yang dinyatakan, Bonde dinasihatkan supaya membuat semakkan selalu di aplikasi MySejahtera supaya tidak terlepas tarikh temujanji yang dihantar melalui sistem aplikasi MySejahtera.
Ist Dose Appoiment Vaccine
Tarikh temujanji untuk 1st dose vaccine pada Sabtu 11 Julai 2021 Di PPV Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA Alhamdulillah jarak untuk ke lokasi pun dekat makan masa 15-20 minit boleh sampai ke lokasi kalau jalanraya tidak sesak.
Bonde bersama Afra kawan sama satu Jabatan di Pejabat, tak sangka kami terima vaccine pada tarikh, masa dan lokasi yang sama. Jadi tak kalutlah Bonde sorang-sorang sebab Kanda dan terima vaccine seminggu awal dari Bonde. Tapi hari tersebut Kanda yang hantar Bonde ke lokasi sebab katanya dekat PPV Movenpick ni susah nak parking dan jarak tempat letak kereta dengan dewan agak jauh juga. Lagi hari Sabtu lepas waktu ke PPV Movenpick hujan agak lebat ketika keluar dari rumah.
Perlu bawa apa semasa ke Pusat Vaccine?
Pertama sekali kena bawa Handphone yang digunakan untuk aplikasi MySejahtera.
- semakkan dikaunter pertama akan dibuat terlebih dahulu, petugas akan mengesahkan sama ada tarikh dan lokasi temujanji yang anda hadir adalah betul
Kedua Kad Pengenalan
Untuk pengesahan identiti anda
Ketiga Jangan lupa bawa Pen
Untuk menulis borang yang disediakan, lebih mudah bawa sendiri membantu anda menulis dengan cepat. Elakkan guna yang tersedia sebab ramai yang guna disitu.
Pakaian apa yang sesuai untuk wanita ketika mengambil vaccine?
Baju lengan pendek supaya mudah untuk diselak semasa doktor hendak memberi suntikan nanti.
Cara Bonde berpakaian ketika pergi pusat vaccine adalah dengan mengenakan T-shirt dan sarung cardigan untuk cover bahagian lenggan. Seluar palazo dan berkasut. Alhamdulillah mudah untuk berjalan dari tempat turun kenderaan, ke dewan menunggu giliran semua tak ada masalah.
Alhamdulillah selesai 1st vaccine, Bonde telah menerima vaccine Sinovac. Kanda pun terima terima vaccine Sinovac juga. Sekarang tunggu temujanji untuk Cik Fatin. Peringkat umur dia sedang menunggu tarikh temujanji. InsyaAllah akan dipanggil tidak lama lagi.
Info Vaccine mengikut Pusat Vaccine :
1. Mines - Sinovac2. Pwtc - AZ
3. Sunway CC - Pfizer
4. Uitm Seksyen 7 - SinoVac
5. Uitm Puncak Alam - Sinovac
6. Movenpick - Sinovac
7. Dewan serbaguna Salak Tinggi - Pfizer
8. UKM - AZ
9. UM - AZ
10. IDCC shah alam - Sinovac/AZ
11. Tzu shi cing hall kepong - Sinovac
12. SACC Setia Alam - Sinovac
13. USIM - Sinovac
14. Bukit Jalil Stadium - Sinovac
15. Stadium Axiata - Pfizer
16. MiTEC KL - Sinovac/Pfizer
17. KLCC - Sinovac
18. An-Nur - Pfizer
19. MSU S/Alam - Pfizer / Sinovac
20. USIM - Sinovac
21. UTAR Sg Long - Sinovac
22. HUKM Drive Thru - Pfizer
23. Putrajaya - Pfizer & Sinovac
24. An-Nur Bangi - Pfizer
25. KPJ Klang - Sinovac
26. Dewan Org Ramai Kg Ampang Indah - Pfizer
27. Poliklinik Damai, Kesuma- Sinovac
28. UKM,Dewan Gemilang - AstraZeneca
29. Dewan Org Ramai Tmn. Bkt. Mewah - Sinovac
30. Bangi Golf Club - Sinovac
31. KPMC kajang - Sinovac
32. Bangi Avenue Convention centre - Sinovac
33. Klinik Kita Bandar Baru Saujana Kajang - Sinovac
34. Kompleks Komuniti Muhibbah Bkt Jalil - Pfizer
35. Dewan Tanjung MBSA Sek 19, Shah Alam - Sinovac
~ Bonde Senyum Riang ~
6 Ulasan
Alhamdulillah...
BalasPadamAlhamdulillah...tahniah Bonde...
BalasPadamAlhamdulillah...tahniah Bonde...
BalasPadamwahhh tahniah Bonde dah dapat vaksin. Baca MITEC tu teringat kes Ifa Raziah haha
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadamtahniah bonde dah terima vaksin
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.