Ayam Kampung Masak Kari



Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai pembaca semua.. Bonde teringin makan Ayam Masak Kari, Kebetulan Ayam yang Bonde beli pakej tiga ekor Ayam Kampung dengan kawan pejabat masih berbaki 2 ekor, seorang Bonde teringin nak masak kari ayam dan baki nye nanti Bonde akan masak sup atau goreng kunyit.  Ayam Kampung yang Bonde beli ni agak murah hargakan penjual menjual dengan harga pakej tiga ekor RM 50.  Ayamnya pula tidak liat kerana masih muda, jadi kalau nak masak tak perlu lama-lama atau rebus dahulu.

Resepi Ayam Kampung Masak Kari




Bahan-bahan :

1 ekor ayam kampung
5 sudu besar serbuk kari
4 biji kentang saiz kecil belah 2 
1 sudu besar serbuk cili
1 kota santan ms
1 biji bawang besar (dihirs)
4 labu bawang putih (dihiris)
2 inchi halia (dihiris)
3 tangkai daun kari
3 serangkai
sedikit minyak (untuk menumis)
sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk cukup rasa




Cara-cara memasak :

1. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dihiris untuk menumis, masukkan daun kari, masukkan 3 serangkai tumis hingga garing.

2. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili tumis hingga garing dan letak sedikit air.  Masukkan kentang

3. Selepas itu, masukkan ayam yang telah dibersihkan.

4. Gaul rata dan masukkan sedikit air lagi, bila sudah mendidih masukkan satu kotak santan.

5. Masukkan garam dan serbuk cukup rasa dan perasakan kalau sudah sedap bolehlah kecilkan api dan kalau pelahan-pelahan.  Seterusnya tutup api


Ayam Kampung Masak Kari, sedia untuk dihidangkan.  Ayam Kampung Masak Kari ni sedap makan dengan nasi panas, kalau nak makan dengan nasi impit, ketupat, pulut pun sedap... terus bertukar jadi macam mood raya. 

Selamat mencuba!

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Sedap ayam kampung kan Bonde...kenyal sikit dagingnya...

    BalasPadam
  2. SA prefer ayam kampung lagi dari ayam biasa...masak kari pun sodap...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.