Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai pembaca semua... Duduk dirumah nih macam-macam menu kita teringin nak makan betul tak? eh pantang lalu dekat media sosial terus tekak rasa teringin nak makan. Kali nih Bonde teringin nak makan ala-ala dekat foodcourd Aeon dan Tesco, suka makan Sizzling Yee Mee, jadinya Bonde nak buat sendiri dirumah, dekat bawah ni ada Bonde kongsikan Resepi Sizzling Yee Mee Homemade.
Sizzling Yee Mee Homemade
Jangan tanya kenapa Bonde tak guna Hot pan yang macam dekat foodcourt tu yea, musim PKP ni tak sempat membeli dekat shopee, jadi kita guna apa yang ada sahaja.
Disini Bonde kongsikan :
Cara Nak Masak Sizzling Yee Mee Tanpa Hot Pan
Bahan-bahan :
5 ekor udang segar (dibersihkan)
4 batang crap stick di potong
10 biji cendawan shiitake kering -rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian.
10 tangkai cili kering -potong (kurangkan jika tak nak pedas)
5 ulas bawang putih -cincang
1 inci halia -hiris nipis
1 sb serbuk lada hitam (yang dikisar sendiri)
1 senduk kicap pekat
10 biji cendawan shiitake kering -rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian.
10 tangkai cili kering -potong (kurangkan jika tak nak pedas)
5 ulas bawang putih -cincang
1 inci halia -hiris nipis
1 sb serbuk lada hitam (yang dikisar sendiri)
1 senduk kicap pekat
1 sk kicap caramel Yakin
1 senduk sos tiram
3 sb tepung jagung yg dilarutkan dalam sedikit air
Serbuk cukup rasa maggi
1 senduk sos tiram
3 sb tepung jagung yg dilarutkan dalam sedikit air
Serbuk cukup rasa maggi
Garam
1 liter air
Bahan lain:
1 bungkus yee mee
Telur
Sawi bunga
1 liter air
Bahan lain:
1 bungkus yee mee
Telur
Sawi bunga
Bahan tambahan hiasan
1 batang daun bawang di potong
1 batang daun sup di potong
3 biji cili api (dipotong)
Cara memasak :
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering, tumis sebentar.
Masukkan cendawan shiitake, masukkan udang dan crap stick
Masukkan 1liter air, perasakan dengan garam, Bila sudah menggelegak, masukkan larutan tepung jagung, masak hingga kuah pekat, masukkan sawi bunga, kecilkan api, pecahkan telur didalam mangkuk, masukkan telur pelahan-pelahan supaya tidak pecah.
Ambil mangkuk letakkan Yee Mee curahkan kuah sizzling atas yee mee. Taburkan cili,daun sup dan daun bawang, gaul-gaulkan hingga mee lembut.
Sedia untuk dimakan. Sungguh sedap makan waktu panas-panas. Terasa macam dekat foodcourt pulak hehehe.
Selamat Mencuba.
~ Bonde Senyum Riang ~
16 Ulasan
sedapnya...feberet ni. tak pernah jumpa lagi kicap caramel. nak cari la
BalasPadamthat looks so good
BalasPadamSedapnya.. nanti boleh cuba. Nampak mudah nak buat.
BalasPadamthank you sharing resepi kegemaran kami ni, memang sedap, dpat sos yang betul memang sedap kuahnya
BalasPadamSizzling mea ni SA x pandai buat...yang pandai adik SA si Lisa...
BalasPadamNampak sedap.. tidak pernah cuba lagi masak ini
BalasPadamnampak sedapp Bonde
BalasPadammenyelerakan
tq for sharing :)
BalasPadamlama plan nak buat ni, bonde. tapi masih tak kesampaian hi hi hi hi... resepi dan bahan tak la brape susah ekk.
lama tak makan sebab lama dahh tak keluar rumah. sedap nyer la. ada plak telur separuh masak dipecahkan. best :)
Alaaa nak semangkuk. Dah lama x makan yee mee. Kita pun x da hot pan juga. Kalau buat yee mee, main masuk dlm mangkuk saja.
BalasPadamNak kena buat la jugak sizzling mee kat rumah camni. Nak tunggu boleh dine in kat luar lambat lagi kan..
BalasPadamSedapnya sizzling mee! Sesekali nak cuba juga buat sendiri nanti.
BalasPadamKelaparan dah ni tengok sizzling me bonde. Boleh cuba resepi bonde nanti
BalasPadamAkak.. Sedapnya.. Nnt nak buat jugak la. Masuk dlm list menu to do
BalasPadambondeeeee... kenapa rajin sangat ni.. terus rasa nak makan sizzling dgn telur separuh masak.. aduhai sedapnya.. tq share resepi bonde..
BalasPadambuat sendiri lagi puas hati kan
BalasPadamsedapnyelah... nak buat x reti.. kena cari ni...
BalasPadamjemput singgah sini ya https://saripkay.com/
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.