Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Salam 2 Zulkaedah semua, Tanda telah berakhir 30 Syawal 1442H... Pada Khamis, 10 Jun 2021 Baru teringat nak kongsikan gambar raya kami sekeluarga. Semua telah maklum seminggu sebelum raya Negeri Selangor telah di umumkan PKP. Selepas itu dalam menunggu nak raya satu Malaysia telah diumumkan PKP. Kami sekeluarga akur dan menerima dengan hati yang terbuka, mungkin ini adalah jalan terbaik untuk memutuskan rangkaian covid 19. Sama-samalah kita berdoa.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (PKP) Tahun 2021
Aktiviti Bonde Di Malam Raya :
Beli Lemang
Masak Rendang Kerang
Masak Kuah Kacang + Ayam
Aktiviti Bonde Di Pagi Raya :
Bangun seawal subuh panaskan juadah raya
Mandi sunat hari raya
Bermaafan di pagi raya
Bergambar kenangan dipagi raya
Salin baju
Lepak depan TV
Tidur hehehe
Bangun tidur, bosan pergi dapur, bosan dekat dapur pergi depan balik.. begitulah sehingga tiga hari berulang-alik aktiviti ini.
Lebih kurang sama aktiviti yang dikongsikan oleh Cempedak Cheesse dibawah :
Tema kami sekeluarga tahun ini adalah kuning, tak pernah pakai warna kuning, lepas tu semua beli berasingan... secara online. Syukur Alhamdulillah bila baju masing-masing sampai warna sama.. jadi lepas ni kami tak mahu dah tempah-tempah baju... beli lebih online lebih mudah dan senang mengikut fesyen yang disukai.
Apapun terjadi Raya tahun ini kita semua duduk diam-diam dirumah patuh SOP yang telah ditetapkan. Ingkar SOP anda akan dikenakan tindakan. jadi sama-sama kita jaga kita yea.
~ Bonde Senyum Riang ~
2 Ulasan
Simpan sini kan untuk kenangan Raya masa PKP..
BalasPadamcantik warna kuning
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.