Assakamualaikum dan Selamat Malam,Hai reader semua... Bonde nak kongsikan resepi Resepi Sambal Sotong Kering Cumi-Cumi yang Bonde buat hari tu.. Sambal ni memang kesukaan Bonde, Dekat Sepang kalau nak dapatkan sotong kering cumi-cumi ni dekat pasaraya Econsave di Kipmall Kota Warisan dan kalau balik Kampung di Sepang pula ada dekat pasaraya CLC. Jadi memang senang nak dapat sotong ni.
Bahan-bahan:
500 gram sotong kering cumi-cumi - rendam dengan air panas dan bersihkan
1/2 cawan minyak
1 sudu besar pati asam jawa - bancuh dengan 1 cawan air
sedikit garam / gula / perasa pilihan
2 senduk cili kering yang telah dikisar
1 biji bawang merah (saiz besar) dikisar
7 ulas bawang putih dikisar
Cara memasak:
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
3. Kemudian tuangkan bancuhan air asam jawa. Biarkan mendidih.
4. Seterusnya masukkan sotong kering cumi-cumi, gula / garam / perasa pilihan secukupnya.
5. Masak sehingga sambal pekat dan pecah minyak sekali lagi.
2 Tip memilih sotong kering cumi-cumi
1) Jangan beli sotong kering cumi-cumi yang berwarna hitam. Tanda sotong adalah stok lama.
2) Jangan beli sotong kering cumi-cumi yang berbau hapak dan busuk.
Sebaiknya pilih yang berwarna kemerahan dan ianya tanda masih baru.
Selamat mencuba resepi ini, sedap makan dengan nasi putih atau nasi lemak tau!
~ Bonde Senyum Riang ~
2 Ulasan
looks so good. too bad skrg dah tak boleh makan sgt.
BalasPadamAlahai Ray ada elergik makan sotong yea, bertabahlah kalau elergik jangan makan.. nanti memudaratkan.. Alhamdulillah Bonde masih boleh makan, tapi biasa yang masak sendirilah..
Padam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.