Info Viral Tentang Set Pinggan Yang Dikatakan Tak Halal



Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua... Bonde nak kongsikan tentang info ini kepada ibu-ibu dan surirumah diluar sana.  Ini adalah penerangan yang diberkan oleh Persenol Shopper Ummi Darwisyah.



Info Viral Tentang Set Pinggan Yang Dikatakan Tak Halal

Viral tentang set pinggan yang dikatakan tak halal kerana "bone china".

Ia viral selepas set pinggan ini memikat banyak mata dan mendapat sambutan ramai. Memang cantik sungguh pun.

Saya sendiri pun terpikat dan sedang survey masa itu. Siap ada yang dah PM minta carikan.

Bila timbul cerita ianya dibuat dari bahan tak halal, terbantut juga rasa. Cuma saya ambil langkah diam dulu. No comment gitu. 

Saya baca, ke sana  ke sini ke sana ke sini saya rujuk. Iya, fatwa tentang penggunaan bone china pun saya baca. 

Kalau pandangan kita-kita saja, mungkin boleh ambil mudah. Bila ada yang kongsikan bab fatwa ni, tak bolehlah nak ambil ringan.


Kenapa bone china ini dikatakan tak halal di pakai? 


Adakah ia dibuat dari tulang babi?

Sebelum saya jawab soalan saya sendiri tu, saya nak kongsi info ni dengan semua. Panjang sikit, tapi jomlah baca. Saya cuba kongsikan seringkas yang boleh.

Kawan-kawan, mudah kata set pinggan mangkuk, cawan, hidangan yang berkilat kita tengok tu, kita panggil seramik (ceramic). 


Seramik ini banyak kategorinya. Ada earthenware, stoneware,  dan porcelain. Hah, kita kerap jumpa perkataan porcelain dan seramik untuk pinggan mangkuk.

Setiap kategori ini asasnya sama, datang dari clay (tanah liat). Namun pembuatan, bahan tambahan dan suhu pembakarannya yang membuatkan ia berbeza. 

Earthenware dan stoneware ini memang menggunakan tanah liat saja. Saya pun tak nak cerita panjang tentang dua ini.

Porcelain ini yang famous benar diguna pakai dalam pembuatan pinggan mangkuk. Ia mula-mula berasal dari China, dikenali dengan nama "fine china" dan "bone china"

Bone china ini dihasilkan dengan campuran beberapa bahan termasuk abu tulang haiwan. Haiwan yang digunakan adalah lembu. 

Dalam bacaan saya, fatwa dikeluarkan memutuskan dua perkara  ini selepas huraian yang panjang:

1. Harus mengguna pakai peralatan dan perhiasan  dari abu haiwan yang halal dan disembelih mengikut syarak.

2. Tidak diharuskan jika peralatan dan perhiasan dari abu haiwan yang tidak halal termasuk haiwan halal yang tidak disembelih mengikut syarak.


Seperti yang saya nyatakan, bone china ini menggunakan abu tulang lembu. Namun agak susah untuk pastikan bahawa ia dari lembu yang disembelih mengikut hukum syarak. Mungkin saja kita ragu-ragu jika ia menggunakan abu tulang haiwan lain. 

Jadi lebih selamat jika kita memilih nombor dua. Tidak diharuskan.

Alamak, banyak saja peralatan dan perhiasan di pasaran dari tembikar atau seramik. Bersepah. Bersusun dalam rumah kita. Pinggan mangkuk kita guna itupun asasnya seramik. Adakah itu semua bone china?

Tidak semestinya. Tak semua seramik adalah bone china.

Saya ada bertanya kepada beberapa pembekal di China. Malah saya google lagi untuk info. 

Peralatan dari Bone china ini mahal. Ia lebih nipis dan ringan. Halus buatannya dan berkilat. Peralatan dan hiasan menggunakan bone china hanya berwarna putih. Tidak ada warna warni. Sekiranya diangkat, letakkan jari di belakang pinggan, kita boleh nampak bayang jari jemari kita. Gitu cara test dia. 

Berbalik pada set pinggan viral ini. Walaupun ia adalah seramik, pembekal di China sahkan bahawa ia tidak mengandungi abu tulang haiwan. 

Set pinggan ni pun berat kawan-kawan. Ada warna hijau emerald,  putih dan pink pula tu. 


Insha-Allah, boleh digunakan tanpa was was. Namun jika kalian masih ragu-ragu, pilihlah hukum nombor dua. Tidak harus digunakan.

Sebetulnya, sebelum set pinggan viral ini lagi, kami pemborong dari China bukan sewenang-wenang saja membeli. Terutama bab halal atau tidak ini. Memang kami akan tanya dulu.

Kalau diikutkan nak risau, kita perlu risau dengan semua peralatan, pinggan mangkuk dan perhiasan berasaskan seramik. Perlu risau bila nak makan diluar dan di hotel-hotel.

Sebab mata kita ni nampak sama saja. Majoriti barangan ni pula dari China. Kalau pun datang dari negara lain, pembuatannya sama saja. 

Apapun, sifat mencari tahu ini bagus dan perlu. Mencari yang halal itu dituntut. Namun, jika masih ragu-ragu tak perlu guna. Cuma tak perlu sampai menjatuhkan hukum haram pada yang menggunakan. Kann.


[Kredit from : Tele Pool project ummi (Ummi Darwisyah)]


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. cantik set pinggan tu semua, tapi itula status halal tu yang buatkan orang ragu-ragu

    BalasPadam
  2. ini pun boleh jadi isu. thank you so much for sharing this.

    BalasPadam
  3. Pasal ni pun jadi isu kan Bonde..by the wy cantik set2 tu..mesti mahal kan tu?

    BalasPadam
  4. cantik nya set-set pinggan tu...

    BalasPadam
  5. seriously, aida minat sgt nak miliki set tu tau.
    trending. cantik. tapi tu la, dek isu ni, mampu tgk aje la.
    betul kata bonde tu, jgn resah terlebih. tepuk dada, tanya selera sendiri, kan.
    yakin? beli.
    was-was? jgn beli.

    BalasPadam
  6. Tapi … pinggan ni lawaa… ada jugak 8 items dgn set ni

    BalasPadam
  7. terima kasih share this.
    benda2 remeh bg sesetengah pihak , tapi ada isu halal haram.
    so kena ambil tahu.
    semua gambar2 tu cantik gila, tapi bila beli sure jadi perhiasan kalau kak pip ni.
    end up husband hantar masuk stor, ekeke.

    BalasPadam
  8. Terima kasih bonde sampaikan info ni. Cantik pinggan seramik tu. Tak sangka ada isu macam ni plak

    BalasPadam
  9. thanks for sharing. kat rumah ni pakai pinggan mangkuk arcopal je. x berani nak beli buatan china...

    BalasPadam
  10. sebaiknya elakkan la kan.. kita tak tau tau bintang tu disembelih ke tak..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.