Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai pembaca semua... PKP ni duduk rumah memang banyak yang boleh dilakukan. Bonde sempat buat stok Pegaga Goreng Ranggup ni masa bulan puasa. Mana Bonde dapat daun pegaga kawan sepejabat Bonde bagi, Hari tu Bonde ada tanam pokok pegaga ni, sayangnya dah mati nanti Bonde nak tanam lagi... cuti lama PKP ni kan... mulalah nak bercucuk tanam. Baiklah Bonde kongsikan macam mana Cara Nak Buat Pegaga Goreng Ranggup
Cara Nak Buat Pegaga Goreng Ranggup
Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Pegaga Ranggup
2 ikat daun pegaga (bersihkan dan letak dalam mangkuk)
1 senduk tepung bestari pedas
3 sudu tepung beras
3 sudu serbuk lada
50 gram ikan bilis
6 tangkai cili kering (gunting dan cuci)
8 labu bawang putih (dihiris)
1 cawan minyak untuk mengoreng
Cara mengoreng :
1. Daun pegaga yang telah dibersihkan letak dalam mangkuk.
2. Taburkan tepung bistari pedas
3. Taburkan tepung beras
4. Taburkan serbuk cili dan gaul kesemuanya hingga semua tepyng melekat pada daun pegaga.
5. Panaskan minyak dan goreng kesemua daun pegaga tadi, letakkan sedikit-sedikit dan jarak-jarakkan macam dalam gambar dibawah
6. Bila dah bertukar warna boleh angkat daun pegaga dan toskan minyak guna tisu
7. Seterusnya ambil ikan bilis gunakan lebihan tepung dalam mangkuk tadi , gaul-gaul dan goreng.
8. Bila ikan bilis dah garing angkat dan toskan minyak.
9. Seterusnya goreng cili kering dan bawang putih
10. Bila sudah garing bolehlah diangkat dan ditoskan minyak.
11. Setelah minyak yang ditoskan tadi telah berkurangan, bolehlah satukan semua bahan yang telah siap digoreng didalam satu mengkuk gaul rata dan masuk dalam balang atau tuppaware untuk mengelakkan masuk angin dan semua gorengan kekal ranggup. Jangan lupa atas bekas dengan tisu yea.
Senang jer nak buat..Pegaga Goreng Ranggup, buat sendiri lebih sedap. he he he
Selamat mencuba!
~ Bonde Senyum Riang ~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.