18 Wasiat Rasulullah S.A.W. Terhadap Wanita / Isteri



Assalamualaikum dan Selamat Malam Pembaca semua, Bonde kongsikan 18 Wasiat Rasulullah S.A.W. Terhadap Wanita / Isteri Sebagai ilmu dan bahan bacaan untuk anda semua.


18 Wasiat Rasulullah S.A.W. Terhadap Wanita / Isteri :


1. Wanita yang ta’at pada suaminya, semua burung-burung di udara, ikan-ikan di air, malaikat-malaikat di langit , matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya, selama mana ia masih ta’at pada suaminya dan diredhainya.

2. Wanita yang bermasam muka, menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita tersebut dimurkai Allah, sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

3. Wanita yang lari dari rumah suami-nya, tidak diterima solatnya, sehingga ia kembali dan mengulurkan tangannya kepada suaminya meminta ma’af.

4. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan melintasi satu kaum (lain, yang ajnabi) agar mereka tercium bau harumnya, maka ia adalah perempuan zina dan setiap mata yang memandangnya itu berzina.

5. Wanita hendaklah mendahului hak suaminya atas hak dirinya sendiri dan seluruh kaum kerabatnya.

6. Wanita yang berkata pada suaminya “Tidak pernah aku mendapat darimu satu kebajikan pun” Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun. Walaupun ia berpuasa di siang hari dan beribadah di malam hari.

7. Wanita apabila mulai sakit untuk bersalin , maka Allah mencatatkan baginya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah.

8. Wanita apabila solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, serta ta’at akan suaminya, masuklah ia dari pintu syurga mana-mana sahaja yang ia kehendaki.

9. Wanita yang sebaiknya ialah apabila engkau memandang, akan menggembirakan engkau, jika engkau menyuruh ia ta’ati dan jika engkau berpergian, dijaganya harta engkau dan dirinya.

10. Wanita yang meminta suaminya mentalakkannya dengan tiada sebab yang dibenarkan syarak haramlah baginya bau syurga.

11. Wanita apabila dipanggil ke tempat tidur, tetapi ditolaknya, maka marahlah suaminya, akan tidur wanita itu dalam laknat malaikat hingga pagi.

12. Wanita yang keluar rumah tanpa izin suaminya, akan berada dalam kemurkaan Allah hingga ia kembali ke rumah atau diredhai oleh suaminya.

13. Wanita yang mengandung janin dalam rahimnya , maka beristighfar para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan.

14. Wanita yang bersolat dengan tidak mendo’akan suaminya , maka akan ditolak solatnya.

15. Wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api , maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

16. Wanita yang membuat kebajikan pada suaminya, dengan meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengguntingkan kukunya, memberi minum, Allah akan sediakan dia dari sungai-sungai syurga, serta diringankan Allah baginya sakaratul-maut dan akan didapatinya akan kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, serta mencatatkan Allah bagi kelepasan dari neraka dan selamat ia melintasi Titian Shirotul Mustaqiim.

17. Wanita yang menderhaka ialah apabila menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya, keluar rumah tanpa izin suaminya, selama suami ada di rumah atau tidak, keluar belajar ‘ilmu yang bukan fardhu ‘ain, enggan bersama suami, mengunci pintu tidak membenarkan suami masuk ketika suami ingin masuk, bermasam muka ketika berhadapan dengan suami, minta cerai, bercakap kasar, berpaling atau membelakangi ketika bercakap, menyakiti hati suami dengan perkataan atau perbuatan, meninggalkan tempat tidur, membenarkan masuk ke rumah orang yang tidak disukai suami.

18. Wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan ia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya, kerana ia memuliakan suaminya di dunia, maka ia mendapatkan pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapinya.

Semoga kita jadi Wanita terbaik mengikut acuan yang dikehendaki oleh agama Islam

Aamiin... kongsikan kepada yang lain jika ianya bermanfaat.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Terimakasih atas perkongsian dan teguran ini. termuhasabah diri saya.. audit mana yang kurang. banyak yang kurang pperlu diperbetulkan.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.