Assalamualaikum dan Selamat Malam... Hai Pembaca semua, Salam Ramadhan yang ke 20 tinggal sepuluh hari lagi kita akan menyambut Syawal yang bakal tiba... Mesti sudah buntu nak masak apa untuk sahur betul tak? Anda bolehlah cuba masak Resepi yang Bonde nak kongsikan dibawah ini, mudah dan ringkas sahaja.
Tempe Goreng Pedas Dan Ikan Bilis Ranggup
Bahan-bahan :
4 Keping tempe (Bonde beli di family store Rembau)
5 bili cili padi (potong bulat)
50 gram ikan bilis (rendam dan toskan)
1 biji bawang besar ( hiris )
3 biji bawang putih (hiris)
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit minyak
Cara-caranya :
1. Garamkan tempe dengan serbuk kunyit, kemudian panaskan minyak goreng hingga garing dan angkat.
2. Seterusnya, Goreng ikan bilis hingga garing dan angkat
3. Tinggalkan sedikit minyak tumis bawang merah dan bawang putih, bila sudah garing masukkan cili api. Bila cili api sudah garing masukan tempe dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
4. Gaul-gaul rata dan perasa garam dan serbuk seseoning. Angkat dan letak di dalam pinggan.
5. Sedia untuk dimakan bersama nasi panas dan telur mata.
Selamat bersahur semua.
~ Bonde Senyum Riang ~
1 Ulasan
adui sedapnya
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.