Shopping Pokok Dan Pasu Dekat Ninso



Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai pembaca semua... Salam 21 Ramadhan.  Baru-baru ni Bonde ke Ninso di Kota Warisan beli pokok bunga keladi.  Kebetulan masa Bonde sampai dekat Ninso tu staff Ninso tengah susun-susun pasu yang baru sampai dekat rak.  Bonde pon tanya dekat staff pokok-pokok ni baru sampai juga ke?  Kata mereka yea. Jadi.. memang langkah kanan lah Bonde ke situ, lama jugalah Bonde pusing-pusing dan buat pilihan nak beli pokok mana dan pasu mana yang sesuai.

Shopping Pokok Dan Pasu Dekat Ninso

Bagi Bonde pokok-pokok di Ninso nih lebih murah jika nak beli, harganya agak berpatutan dari kedai nursery yang lain.  Pokoknya juga nampak segar dan cantik, berbaloi kalau beli.



Bonde suka pokok keladi warna hijau pucuk pisang ni, sekali tiga pasu Bonde beli... nak jaga pun senang, pokok keladi ni hanya perlukan air yang cukup sahaja.  Bonde siram seminggu sekali sahaja. Alhamdulillah hidup pokok keladi ni dan cantik.


Pokok keladi yang ini Bonde minat juga, jadi Bonde beli dua pasu.  Cara penjagaan pun sama, pokok keladi ni hanya perlukan air yang cukup sahaja.  Siram seminggu sekali sahaja.

Pokok yang dibawah ini, masuk senarai dahulu, mungkin akan datang akan beli.  Kena tahu cara penjagaannya senang ke susah... 










Pasu Batu Ninso 

Pasu batu dekat Ninso nih pun Boleh tahan murah harga dia, haihhhh rambang mata dibuatnya... (terpaksa tenangkan diri sendiri) dan belek-belek satu-satu dan buat pilihan nak beli yang mana? Harga sari RM 4.00 hingga RM 8.00 memang berbaloi beli.



Pasu Kaca Transperent Ninso

Untuk pasu kaca transperent Ninso ada dua jenis, yang tebal dan nipis... Bonde lebih suka beli yang jenis tebal, tahan lasak sedikit berbanding yang nipis ianya tidak tahan lasak kena berhati-hati.  (risiko : mudah pecah) harga RM 2.10


Pasu Warna-Warni Ninso


Untuk pasu warna warni ni harga semua RM 2.10 ianya agak tebal. Dan tahan lasak. Tapi Bonde tak beli lagi.. Maybe next time boleh beli yang ini.


Kalau anda nak beli Bolehlah ke Ninso berdekatan dengan anda.  Memang murah-murah.

Untuk keterangan lanjut anda Boleh ke laman web official Ninso dibawah

FB : Ninso

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Myra kalau ke Ninso nie memang geram je.. Tengok pokok dia la, lepas tu barangan lain yang harga RM2 tu.. Memang kalau masuk Ninso jenuh laki nak kena control.. Haha

    BalasPadam
  2. Alahai bonde...cantik2 pokok tu semua..baru2 ni SA pi nursery...abah tak bagi beli bunga..stress betul...katanya beli anak pokok buah ke apa yang patut...bleh gak makan hasilnya....

    BalasPadam
  3. Baru esok nak tengok apa yang patut

    BalasPadam
  4. Ya allah!!! ni syurga awa ni, kalau pergi payah keluar la ni hahahahah. cantik2 pokoknya bonde. segar! lawa betul. Best la Ninso ni.

    BalasPadam
  5. berbaloi betul beli kat ninso.. tapi hati2 ada saka tu

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.