Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Salam 9 Syawal 1442 H Alhamdulillah sudah 9 hari kita berada dibulan Syawal dan Selangor masih dalam musim PKP 3.0 lagi. Anda sudah mula Puasa Enam ke belum? Syukur Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke lima Bonde berpuasa. Puasa enam ini adalah amalan arwah Ayah dahulu semasa hayatnya ada, Ya Allah rindu arwah Mak dan Ayah moga arwah ditempatkan dikalangan insan yang dikasihi.
Kelebihan Puasa Enam Syawal
Bila Puasa Enam Boleh dimulakan?
Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari, sepanjang bulan Syawal sama ada secara berterusan atau berselang-seli
1. Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai Aidilfitri kedua (2 Syawal) hingga 7 Syawal.
2. Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.
Kelebihan Puasa Enam Syawal
✅ Ganjaran Pahala Berpuasa Setahun Diriwayatkan oleh Abu Ayyub ra, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, bererti ia telah berpuasa setahun penuh.”
Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah
✅ Melengkapkan Kekurangan Puasa Ramadhan Al-Hafiz Ibnu Rajab berkata, puasa enam hari di bulan Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat sewaktu melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan.
Niat Puasa Ganti Ramadhan
Doa Ketika Berbuka Puasa
Niat Puasa Enam Syawal
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Moga kita terus diberi kesihatan yang baik dan sama-sama rebut peluang untuk gandaan pahala di bulan Syawal, Selamat Berpuasa enam semua pembaca blog Bonde.
~ Bonde Senyum Riang ~
4 Ulasan
alhamdulillah, kita dah raya dah :)
BalasPadamJom sama sama kita rebut puasa 6 syawal
BalasPadamAlhamdulillah tq sharing
BalasPadamtq sharing Bonde. Kita tak puasa enam lagi.. nak start next day , insya allah sempat.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.