Drama Adaptasi Novel Cukup Derita Itu



Assalamualaikum dan Selamat Malam, Salam 11 Syawal, Siapa layan Drama 'Cukup Derita Itu'... drama adaptasi novel 'Cukup Derita Itu' karya Siti Rosmizah di slot Samarinda TV3. Drama arahan Along Kamaludin, terbitan SR One Sdn Bhd. sudah ditayangkan sejak bulan puasa lagi..6 Mei 2021, Cukup Derita Itu ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam di TV3.


Drama Adaptasi Novel Cukup Derita Itu



Info Drama Cukup Derita Itu

EPISOD : 40

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam

SIARAN TV : Slot Samarinda TV3

PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah

PENGARAH : Along Kamaludin

PRODUKSI : SR One Sdn Bhd

PELAKON : Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P Ramlee, Balkisyh Semundur Khan, Sera Melissa, Mubarak Majid, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari, Lia Natalia

Watak Pelakon Cukup Derita Itu

Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran

Ruhainies sebagai Ellani

Chacha Maembong sebagai Ellana

Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah Gayah

Didie Alias sebagai Mak Yek

Farhan Asri sebagai Amirul

Dian P Ramlee sebagai Mak Long

Balkisyh Semundur Khan sebagai Lijah

Sera Melissa sebagai Ayu

Kawan baik Lani -Wa

Lagu Tema Cukup Derita Itu

Cukup Derita Itu - Siti Nordiana

Pergilah Derita - Asfan Shah & Lia Aziz


Sinopsis Cukup Derita Itu

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara. Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya korang kena baca novel ini.

Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan.

Zarul tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula.

Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.

Dendam Makngah dan pasangan kembarnya, Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan cintakan semula Ellana hingga sanggup menceraikannya. Dia diceraikan hanya melalui sms.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?


Episod 8 : Sehari sebelum Lana nikah teruk Lani dibelasah oleh Mak Ngah Gayah hingga pengsan dibuatnya... lepas tu dibiarkan macam tu sahaja.


Episod 8 : 
Lepas Zarul sedar dari kemalangan... Zarul tak ingat hubungan cintanya bersama Lana,

Kesian dekat kau kan Lana, Kau yang bakal jadi isteri Zarul  Tapi last-last Zarul tu sikit pun tak ingat dekat kau  Asyik sebut nama Lani je.   Padan muka kau !!!

Mak Ngah Gayang pulak, Puas hati tak tengok Mak Ngah Gayah dah lumpuh moga lepas nih mulut dia tak lantang macam selalu he he he

Kenangan PBKL 2014 bersama Siti Rosmizah Fans



Membaca Novel Cukup Derita Ini memang penuh emosi, sekarang ni... Menonton Drama haruslah lagi bertambah emosinya, anda wajib  membeli novel ini terlebih dadulu di popular book store, Untuk anda yang belum baca novel ni tau.. Bagi yang dah membaca bolehlah menikmati watak-watak dalam novel versi drama. Selamat menonton ... episod seterusnya, Drama Cukup Derita Itu..

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. SS lebih suka tengok drama drpd membaca novel hehehe. kalau dah baca novel, nti dlm drama rasa tak best. hehehhe

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.