Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua... Satu Hari Menuju Ramadhan... Ya Allah Ramadhan yang dirindui.. satu hari lagi kita akan memasuki bulan yang suci, bulan penuh ampunan yang selalu di nantikan oleh setiap umat muslim di dunia.
Mari merenung sejenak atas segala kesalahan yang telah kita perbuat, atas segala cubaan yang semata - mata untuk menguatkan kesabaran dan keimanan kita. Semoga Allah SWT dapat mengampuni dosa - dosa yang telah kita perbuat dan diberikan ketabahan untuk saudara saudari kita yang terkena musibah.
Semoga kita semua dapat beribadah dengan lancar, diberikan keberkatan, kesejahteraan dan senantiasa dalam perlindungan-Nya. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Setkan Di Minda Kita Gembira Menyambut Kedatangan Ramadhan
Bergembiralah dengan kedatangan Ramadhan. Rasulullah Saw selalu memberi khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan kerana bulan yang membawa penuh kebaikan dan turunnya rahmat.
Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat, kerana itu isi setiap detiknya dengan amalan berharga, yang dapat membersihkan diri dan mendekatkan diri kepada ALLAH. Bertekadlah mengisi waktu Ramadhan dengan ketaatan. Bertekadlah meninggalkan dosa dengan meninggalkan tabiat buruk.
Hendaklah kita menyambut bulan Ramadhan dengan rasa penuh kegembiraan dan tulus hati serta jiwa yang bersih (taubat). Siapkan diri untuk melakukan berbagai amal soleh dan ibadah pada bulan Ramadhan. Kerana pada bulan ini kita akan beribadah puasa dan lainnya dengan optima dan fulltime selama sebulan penuh. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat.
Jiwa dan mental kita harus dipersiapkan dengan penuh keimanan dan ketulusan hati (ikhlas) dalam beribadah. Dengan demikian, maka kesulitan dan sikap malas dalam ibadah mampu diatasi dan dihilangkan. Ibadah pun menjadi terasa mudah dan menyenangkan. Selain itu, hendaklah menyucikan jiwa kita dengan cara bertaubat kepada ALLAH Swt, agar jiwa kita bersih dari noda dosa.
Begitu pula kita hendaklah membiasakan diri untuk melakukan ibadah-ibadah sunnah, seperti solat sunat, memperbanyak membaca Al-Quran dan beristighfar, berzikir serta berselawat.
Sehingga kita terlatih dan terbiasa melakukan ibadah yang optima. Persiapan mental yang paling utama ialah setkan matlamat bahawa kita berpuasa ini untuk menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa!
"Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur."
[Surah Al-Baqarah : 185]
Semoga Bermanfaat
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.
🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر
Sumber : quotephotovideo
~ Bonde Senyum Riang ~
2 Ulasan
ramadhan kareem buat semua
BalasPadamSemoga ramadan kali jadi lebih baik dari sebelumnya. In Sha Allah.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.